Mimpi Anwar Dikejutkan..KO Anwar..KO Anwar!!!

كتوا ڤمبڠكڠ، انور إبراهيم مرڠكڤ كتوا عموم ڤقر دڠرڽ ستياڤ كالي بركسمڤتن ڤولڠ ك رومه ميواهڽ يڠ برهرڬ رم7 جوت د بوكيت سڬامبوت دالم، كوالا لومڤور سريڠكالي ملابوهكن ڤنداڠنڽ جاوه مڠلماون ك لوار تيڠكڤ جنديلا.

انته اڤ يڠ دمنوڠكنڽ سجق اخير-اخير اين سهيڠڬ كرڤ ساڠت مڠلماون سنديرين. بارڠكالي باڽق ساڠت ڤرمسئلهن يڠ سداڠ بركچاموق مڠڬڠڬو فيكيرنڽ دان سوكر اونتوق دروڠكايكن.

دسباليق اكتيۏيتيڽ ك سان ك ماري برچرامه سياڠ دان مالم سمبيل منابور جنجي دچاڤتي اونتوق مناون هاتي ڤڠوندي، ايڠتكن هاتيڽ ماكين سنڠ، روڤاڽ ماكين باڽق جنجي دتابوري ماكين برتمبه ڤاره لماونانڽ.

ڤاتوتله سمنجق دوا منجق كبلاكڠن اين وجهڽ ماكين كوسم دان كليهاتن سرابوت، بق كات اورڠ توا-توا لڠسوڠ تق كليهاتن نورڽ.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk “Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan” tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.


Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.


10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.


Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.


Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.


Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla. 


Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.


Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.


Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.


Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*