MINTA NIK AZIZ MENGUCAP..!!!


Assalamualaikum.w.b.t

Kita manusia ini ada mempunyai sifat persamaan dari sudut Biologi Kemanusiaan, seperti anatomi tubuh badan, dan sifat tabii seperti makan , minum, tidur, berpasangan, beranak pinak dan sebagainya. Walaupun sama dari sudut  biologi kepunyaan  seperti memiliki tangan , kaki, kepala, mulut, hidung dan sebagainya namun masih tidak sama dari segi aspek individual seperti rupa paras, bentuk besar, kecil, panjang , pendek, lebar, kurus, gemuk dan sebagainya. Lihatlah pada jari-jari tangan dan kaki anda, ibu jari tak sama dengan jari telunjuk, begitu juga dengan jari hantu, jari manis dan kelingking. Begitu juga ira-ira jari manusia.  Malahan mata kanan dan kiri anda pun tak sama.  Begitu juga sifat tabii yang lebih subjektif seperti selera, keinginan, kepandaian berfikir, kepercayaan, pegangan hidup dan sebagainya. Kalau kita pergi lebih terbuka yakni hubungan sesama manusia, kedudukan di dalam masyarakat, perbezaan pangkat, darajat, harta, keturunan seperti Tun , Syed, Tungku, Wan dan sebagainya memanglah berbeza. Begitu jugalah hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta, Allah Azza wa Jalla lagilah tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Maka di dalam Quran Allah mengkelaskan golongan manusia mengikut mertabat mereka dengan Allah seperti Golongan Muqorrobin, Muttaqin,  Siddiqqin,  Mukhlisin, Muhsinin, ‘Abidin, ‘Alimin, Solihin dan sebagainya. Allah menyeru hamba-hambanya mengikut mertabat mereka begitu juga golongan engkar dan ma’asi dibezakan Allah daripada orang yang taat dengan panggilan seperti Kafirun, Musyriqun,  Munafiqun, Thoghut dan sebagainya.

Orang-orang yang jahil dan orang-orang yang ‘alim adalah mempunyai perbezaan yang sangat jauh, seperti maksud firman Allah:

“Di angkat oleh Allah orang-orang yang berilmu daripada kamu dan orang orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat.” ( Al Mujadalah: 11)

Ibnu Abbas r.a mengatakan, “Untuk ulama beberapa tingkat di atas orang mukmin dengan 700 tingkat tingginya. Antara dua tingkat itu jaraknya sampai 500 tahun perjalanan.”

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.