MPSJ TAK BERHATI PERUT


MPSJ TAK BERHATI PERUT….TINDAS RAKYAT…

MPSJ langsung tak ada hati perut….Yang dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya Dato Asmawi Kasbi langsung tidak ada hati perut atau mungkin buta hati kerana menerima bulat bulat cadangan Pengarah Perkhidmatan Bandar, Puan Azura Mohd Don supaya dikenakan bayaran satu persen terhadap mana mana kontraktor yang berjaya mendapat kontrak pembersihan di MPSJ.

Tak ke gila dan tidak adil….bayaran ini dikenekan setelah mereka berjaya mendapat kontrak sedangkan semasa tander diisi syarat ini langsung tidak dinyatakan….

Dahlah harga yang diberikan sekarang dalam setiap satu projek terlalu rebdah berbanding harga dulu…..kontraktor ditekan sehingga keuntungan yang diperolehi terlalu minima…

Apakah YDP MPSJ Datuk Asmawi Kasbi dan Puan Azura sengaja suka suka mengenakan syarat ini atau “ada udang disebalik batu….” kerana kalau dihitung dari segi jumlah bayaran yang dikenakan pada setiap kontraktor boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit pada setiap bulan….




Sebagai contoh…..seorang kontraktor mendapat jumlah kontrak sebulan sebanyak RM 20 ribu…satu persen dicaj kepada nilai kontrak bulanan berkenaan bermakna kontraktor berkenaan harus membayar RM 200 sebulan. Bayangkan RM200 sebulan selama 24 bulan (jangkamasa setiap kontrak), bermakna kontraktor dikenakan bayaran sebanyak RM4,800 jumlah keseluruhannya.

Contoh ini hanya untuk satu kontraktor dengan nilai kontrak yang agak minima….cuba bayangkan pula kontraktor yang mendapat nilai kontrak yang agak besar sudah pasti bayaran yang dikenakan juga akan bertambah besar.

Paling memeranjatkan pula jumlah kontraktor yang mendapat kerja kerja di MPSJ tidak kurang dari 200 syarikat…..dengan jumlah yang sebegini banyak pastinya caj yang akan diperolehi oleh pihak MPSJ akan mencecah ratusan ribu ringgit malah sampai ketahap jutaan ringgit.

Arahan sebegini langsung tidak pernah berlaku di MPSJ….malah arahan ini langsung tidak pernah dilaksanakan di mana mana majlis perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, atau mana mana majlis perbandaran di Selangor….




Berbeza zaman Barisan Nasioanal memerintah dahulu….bayaran ini langsung tidak pernah ada…jika ada pun sebarang bayaran…..akan dinyatakan dalam borang tender semasa tender diisi sebagai langkah persiapan kepada kontraktor yg berjaya…

Kerajaan Negeri Selangor harus mengambil langkah mengatasi masalah ini….jangan iniaya rakyat…kalau nak membela rakyat buat betul betul dan jangan retorik….rakyat semakin pandai dan tahu bila diperbodohkan….



SIAPA LAK KENA NIE?


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.