MPSP Balaci DAP Terbaik!

Kerajaan DAP pulau Pinang makin kurang ajar, terkini bila pihak MPSP diarah menurunkan bunting yang bergambar Perdana Menteri dengan pakaian Chiong Sam dengan ucapan Selamat tahn baru China 2013, rata-rata diseluruh Malaysia bunting digantung di tiang-tiang lampu sekitar bandaraya.

Dato Zainal Abidin semalam menunjukan bukti dengan gambar-gambar kaki tangan MPSP menurunkan semua bunting yang digantung disekitar Pulau Pinang. Siapa pulak yang akan dipersalahkan bila kejadian kurang ajar sebegini dilakukan oleh MPSP yang tentunya dibawah arahan DAP. 

Apakah DAP lupa sebelum ini Pulau Pinang dibagunkan oleh BN sehingga kini dan bukan oleh DAP yang hanya memerintah kejam selama sepenggal. Nampak betapa kurang ajarnya mereka bila dikerah MPSP menurunkan Bunting Ucapan selamat tahun baru Cina oleh PM Ds Najib Tun Razak, atas dasar apa mereka menurunkan semua Bunting tersebut? Amat jelas sekali kita dapati betapa DAP memang berhati busuk sekalipun ucapan bagi meraikan Tahun Baru Cina oleh Perdana Menteri yang diarahkan supaya diturunkan

Banner dan Bunting diturunkan dengan cara kurang ajar… sebelum ini pulak Kalimah Allah digunakan dalam Kitab Bible oleh Guan Eng, malah dia juga bukan tak tau sehingga ke sekolah diedarkan… itu bukan haram jadah namanya… 
Jangan tanya PAS sebab PAS hanya boleh Angguk-angguk dan geleng-geleng jer…


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*