Mufti Perak : Rasuah, Tidak Amanah Dan Lemah


“Saya ingatkan Mahathir sekiranya Anwar dipecat, maka akan berlaku perpecahan di kalangan orang-orang Melayu kerana Anwar mempunyai pengaruh yang luas,” kata Mufti Perak.
SHAH ALAM: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pernah menasihatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecat timbalannya pada ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet.
“Saya kata kepada beliau (Mahathir), sekiranya Anwar dipecat, maka akan berlaku perpecahan di kalangan orang-orang Melayu kerana Anwar mempunyai pengaruh yang luas,” katanya.
Harussani berkata demikian dalam majlis ‘Wacana Mengenai Ulama Politik: Untuk Dakwah atau Parti’ di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.
Beliau memberitahu pernah menasihati Mahathir akibat kesan buruk terhadap tindakan memecat Anwar dan tuduhan liwat terhadapnya.
Mufti Perak itu berkata walaupun banyak nasihat yang diberi diterima baik oleh Mahathir, namun terdapat tiga perkara besar yang enggan diterima beliau.
Pertama, berhubung pemecatan Anwar, kedua mengenai tuduhan liwat. Saya ingatkan Mahathir sekiranya Anwar dipecat (dari jawatan Timbalan Perdana Menteri) kekalkan Anwar sebagai menteri apabila membuat rombakan kabinet.
Katanya, “ada tiga orang pemimpin ketika itu nak buat tuduhan liwat itu dan saya nasihatkan mereka bahawa jika tiada saksi maka buruk padahnya.
“Namun ada satu perkara lagi yang saya tak ingat tapi lihatlah apa yang terjadi pada umat Melayu sekarang?,” katanya.
Anwar dipecat oleh Mahathir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada September 1998.
Tanggungjawab ulama.
Beliau yang nyata kecewa dengan tindakan itu berkata, adalah menjadi tanggungjawab seorang ulama untuk menasihati pemimpin mengenai hal-hal politik tanpa melanggar syariat dan hukum.
Menurut Harussani, ada juga nasihatnya yang ditolak dan ada juga yang diterima sepenuhnya oleh pimpinan negara.
“Pada suatu ketika, saya datang dari Pulau Pinang untuk berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan setelah menasihatinya, beliau melakukan tiga perkara,” katanya.
“Pertama isu Thaipusam. Kedua isu 14 tokong yang menggunakan nama Datuk. Kenapa kaitkan nama Melayu seperti Abdul Karim pada tokong itu? Semua kes ini di Pulau Pinang.
“Ketiga tentang majlis ‘kongsi raya’ sedangkan ia haram dan syirik di sisi Islam. Saya nasihat supaya kita (umat Islam) asingkan raya kita dan mereka mengamalkan perayaan mereka sendiri iaitu masing-masing dengan perayaannya sendiri.
Beliau juga menjelaskan, “dengan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas perdana menteri kelima) pula, saya telah menemui beliau tiga kali dan ketiga-tiga kali beliau menolak nasihat saya.
“Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri sekarang, saya kata kepada beliau bahawa perpecahan Melayu adalah disebabkan KERAJAAN SEKARANG CUKUP LEMAH, TIDAK AMANAH DAN RASUAH,” katanya. – Sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*