MUFTI PERAK TERUS HARAM POCO-POCO

Dalam perhimpunan Agung Pribumi PERKASA tempoh hari Tuan Mufti Perak iaitu Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menerangkan kenapa “POCO-POCO” diharamkan!

Dalam penerangan yang jelas dan ringkas tersebut beliau menyatakan apa makna disebalik tarian dan nama ‘POCO’

*’Poco’ Tiada didalam bahasa inggeris dan iannya diadalah berasal dari jamaica yang bermaksud “Ancestral Spirits” dan lebih jelas bermaksud ‘tarikat’ didalam Kristian.

“Jika orang islam dikatakan poco-poco itu satu senanam, mahukah orang kristian membuat solat 5 waktu dan mengakui itu satu senaman juga?”– Mufti Perak


Asal-Usul Tarian Poco-Poco?

Untuk membahaskan asal-usul sesuatu budaya, amalan, dan adat kadangkala amat sukar. Lebih lagi, jika tiada penyelidikan yang ilmiah dan saintifik mengenai amalan tersebut. Poco-poco adalah salah satu daripadanya.
Berdasarkan pencarian saya, saya dapati tarian poco-poco ini datangnya sama ada dari Indonesia mahu pun Filipina (dan untuk segelintirnya, Jamaica). Perbahasan yang lain adalah adakah poco-poco ini sebenarnya satu bentuk tarian atau senaman? Kerana kebanyakkannya mengetahui tarian ini sebagai salah satu cara senaman senamrobik. 
Secara peribadi saya mengganggapnya sebagai sejenis tarian, bukan senaman. Senaman boleh hidup tanpa tarian, tapi tarian tidak boleh hidup tanpa senaman. Dalam erti kata mudahnya, tarian itu sebahagian daripada senaman, dan senaman tidak semestinya tarian. Oleh itu, saya memanggilnya sebagai ‘tarian’ poco-poco dan bukan ‘senaman’ poco-poco.
Berdasarkan kajian saya yang terbatas, saya dapati salah satu alasan mengapa tarian poco-poco ini diharamkan adalah (seperti yang disebutkan di awal tadi, dan) kerana ianya merupakan satu bentuk tarian orang kristian Filipina semasa upacara sembahyang mingguan mereka dan gerak langkah tarian tersebut membentuk tanda salib. -Qiruz


Surat Perkeliling:


————————————————————————————————————-
INI PANDANGAN Dr. Mohd Asri

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berbeza pandangan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram.

Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.


NONE

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh.


“Atas asas ini, pada pandangan saya, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah,” katanya yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian berkenaan sebagai haram kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh.


Pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.


NONE

Dalam kenyataan pada Selasa malam, Dr Mohd Asri juga menegaskan, masyarakat Islam hendaklah tahu tentang keluasan Islam, apatah lagi dalam masyarakat yang serba rencam hari ini.


“Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam,” katanya.


Menurut Dr Mohd Asri lagi, jika pengharaman dibuat berdasarkan asal-usulnya yang tidak islamik, ia akan mewujudkan kecenderungan pengharaman pelbagai lagi aktiviti seperti Tai Chi, Taekwondo dan senaman Qiqong.


Beliau bagaimanapun menegaskan menghormati pandangan Harussani dan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian tersebut dan cuma memberikan pandangan berbeza. MK


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*