Mufti Perlis Akui Menyokong Barisan Nasional

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menegaskan bahawa undi beliau bukanlah satu rahsia kerana sejak dahulu lagi beliau sememangnya telah memilih Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, ramai orang yang hanya tahu mengkritik tetapi apa yang dikritiknya dan bagaimana untuk melakukannya tidak pernah difikirkan.

“Agama perlu ditegakkan tetapi siapa orang yang menegakkan agama itu? Negeri yang nak buat hudud pun sampai sekarang masih tak laksanakannya walaupun sudah berpuluh tahun berlalu dan mentadbir kerajaan.

“Sebut orang ini tak buat ini, orang itu tak buat itu memang mudah tapi orang yang faham perjuangan dakwah Nabi SAW tahu bahawa Nabi tidak suka salahkan orang lain kerana Nabi akan nasihat, beri penerangan, beri penjelasan dan sekiranya diterima alhamdulillah tetapi jika tidak maka diusahakannya lagi,” katanya.

Beliau turut mengulas berkaitan slogan ‘ubah’ yang diketengahkan oleh pihak pembangkang yang mana sentiasa diaplikasi kerana sebagai orang Islam setiap hari inginkan perubahan.

“Setiap hari ada perubahan-perubahan yang dianjurkan oleh pihak pemerintah dan sentiasa berlaku, memang tidak dinafi ada kurang sana, kurang sini tapi konsep nasihat, kalau ada yang kurang beritahu, adukan masalah dan bukannya menyalahkan orang lain,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ceramah bersama penduduk dan calon BN sempena Program Mesra Rakyat di Bandar Tun Razak, semalam.

Sebelum ini, pakatan pembangkang khususnya Pas membayangkan bahawa Dr. Juanda adalah antara ulama yang bakal menjadi calon mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal berlangsung 5 Mei ini.









للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*