Murukku Raya Pengotor

Murukku – snek enak yang terdiri daripada lingkaran goreng adunan berasaskan kekacang. Murukku lazimnya diperbuat daripada campuran kacang dhal dan tepung beras, garam, dan perasa seperti cili, asafutida, ajawain dan rempah lainnya. Murukku secara tradisinya dinikmati sebagai juadah semasa Deepavali dan kini amat popular juga dihidangkan dimusim perayaan bagi agama lain.

Tular didalam whatsapp beberapa keping gambar pekerja sedang membungkus makanan kegemaran rakyat Malaysia “Murukku”. Walaubagaimanapun maklumat  agak terhad terhadap penyebaran gambar ini yang tidak dapat dipastikan ia belaku dinegara ini ataupun diluar. (Digambar tersebut tertulis tarikh 21 – 04 – 2019)

Sekiranya ia belaku di Malaysia tindakkan sewajarnya perlu diambil oleh pihak berkuasa, bagi yang beragama Islam adalah menjadi suatu kewajipan seseorang muslim untuk memastikan barangan makanannya diperolehi dari sumber yang sahih halal, bersih dan suci.

Beli keropok raya, Beli buatan muslim!