MY BEAUTIFUL MALAYSIA Only In Malaysia

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya telah menjadi saksi berlangsungnya salah sebuah program transformasi sosial hasil inisiatif YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai pelengkap agenda transformasi negara. Dilancarkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, program yang berlangsung serentak di 390 lokasi di seluruh negara itu telah melibatkan sekurang-kurangya 1.1 juta orang.
Dalam ucapannya, YAB PM melahirkan rasa bangga dengan penglibatan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama kerana mampu untuk bersatu hati dan tenaga untuk memperindahkan negara melalui program My Beautiful Malaysia ini. Program yang dianjurkan oleh 1 Malaysia For Youth (1M4U) ini juga bertepatan dengan saranan kerajaan untuk menyasarkan penglibatan belia dalam aktiviti sukarelawan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Seramai 100,000 orang sukarelawan termasuk penduduk setempat turun padang untuk sama-sama menyertai program gotong-royong perdana ini. Peserta program terdiri daripada wakil pelbagai institusi sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO), Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga para peserta Program Latihan Khidmat Negara.
Hadir sama di lokasi program adalah isteri kepada Perdana Menteri, YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Seri Haji Noh Omar; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; dan barisan menteri kabinet.
Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menerima sumbangan Tabung Gaza Palestin sebanyak RM 261,960 daripada Kementerian Dalam Negeri dan RM 289,000 daripada Rela yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.
Disunting oleh: Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat : imelia@kbs.gov.my
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*