Nafsu Tinggi Tapi Sayang Mati Pucuk [Video]


Ya, Memang inilah yang sesuai digambarkan kepada pemimpin pakatan rakyat hari ini, jika dahulunya ketua Umumnya boleh dipandang tinggi dengan dakwaan UMNO salah dan dia sahaja yang betul.Tetapi kini ternyata ceramah-ceramah mereka yang menjanjikan sesuatu ibarat “Nafsu tinggi tapi sayang mati pucuk”.

Video ini bolehkah anwar nafi tak kenal eskay?

Cuba kita lihat ketua umum PKR hari ini, dia berceramah hanya menyampaikan ketidakpuasan nafsunya kepada rakyat yang kononnya dialah yang sepatutnya menduduki kerusi Perdana Menteri tetapi akibat kerakusan nafsu dan penyelewengnya di bongkarkan oleh Tun Mahathir dia dihadapkan kemuka pengadilan membawa hukuman penjara..tetapi bila dia dibebaskan (lebih awal setelah mendapat pengampunan – Double standad ke hapa???) Lalu mengporak perandakan negara dengan manifesto dan cerita-cerita yang boleh dikatakan mengancam perpaduan kita sesama masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.


Dulu Anwar bercerita tentang rasuah..Beliau ulang tak siapa saman…
Dulu Anwar bercerita tentang al-tantuya..Beliau ulang tak siapa saman..
Hari ini silap hari bulan..aku ulang..dia warning “U ulang..I saman” kenapa marah sangat ea…

siapa makan cili dialah rasa pedasnya – Mangsa Terawal liwat Nuar


Manifesto baru pakatan pembangkang yang dilancarkan sebagai persediaan untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang ibarat memperbodohkan rakyat
kata Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nordiana Shafie.
Katanya, pakatan pembangkang boleh menjanjikan pelbagai perkara kepada rakyat tetapi masyarakat sedar bahawa ia bukanlah sesuatu yang boleh direalitikan sebaliknya berada jauh daripada jangkauan.
“Rakyat menilai apa yang berlaku dan manifesto mereka ini dibuat hanya sebagai alat pemikat sedangkan untuk dilaksanakan adalah tidak mungkin berdasarkan ukuran daripada apa yang berlaku sepanjang sepenggal mereka berkuasa di empat buah negeri apatah lagi manifesto yang dulu pun banyak tak ditunai,” katanya kepada UMNO-Online.
Dilaporkan, manifesto baru pakatan pembangkang menggariskan 14 tawaran dalam cabang kesejahteraan rakyat yang antaranya ialah menurunkan harga minyak, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, keadilan warga Felda, caj elektrik lebih rendah, pendidikan percuma, hapus monopoli, perkhidmatan wad percuma di semua hospital kerajaan serta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan.
“Banyak perkara yang tidak logik dihidangkan oleh pakatan pembangkang dalam manifesto mereka dan apa yang dapat dilihat bahawa mereka seakan terdesak untuk mendapatkan undi sehinggakan akan melakukan apa saja sebagai tawaran kepada rakyat.
“Perkara yang tidak mungkin menjadi realiti dijadikan umpan oleh pakatan pembangkang sebagaimana dalam manifesto mereka pada 2008 dulu dan kerana itulah banyak janji-janji mereka yang tidak dapat dilaksanakan sehingga ke hari ini.”
Katanya, barangkali para pemimpin dalam pakatan pembangkang boleh memberikan alasan kononnya janji-janji yang dibuat gagal dilaksanakan dalam tempoh yang pendek sebagaimana hanya sepenggal tetapi dalam janji mereka dulu pelbagai perkara akan dilaksanakan segera.
“Sepanjang penggal ini berapa banyak janji-janji pakatan pembangkang yang telah direalitikan kepada rakyat kerana yang dapat dilihat adalah sebaliknya,” katanya yang merujuk kepada pentadbiran pembangkang di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan yang lebih banyak menimbulkan isu daripada membawa kemajuan.
Tegasnya yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Terengganu, pakatan pembangkang tidak peduli dengan kesan yang dialami kerana mereka lebih menumpukan kepada jawatan dan kuasa daripada inisiatif untuk menunaikan janji.
“Ini amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengutamakan realiti janji ditepati dengan setiap manifestonya dikaji sebelum dibentangkan, diteliti dan kesannya kepada masyarakat berdasarkan kemampuan kerajaan,” tambahnya lagi 
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*