Najib Berjanji Lagi?!

Satu berita gembira dan inilah yang  rakyat mahukan bukan sekadar janji tetapi inilah dikelaskan seorang pemimpin. Kita lihat hari ini ketua umum pembangkang hanya menganjurkan demonstrasi yang rata-rata akhirnya mereka-mereka menyesal tak sudah. Pembangkang hanya “create Issue” dan Janji Manis Masam Kulat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.

Beliau berkata BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan satu daripada contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat, yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.
“Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan,” katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) di Auditorium Perdana, Angkasapuri yang disiarkan secara langsung di sini malam Selasa.
Najib berkata justeru, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan yang transformatif dan janganlah memilih kerajaan yang memusnah serta meruntuhkan masa depan rakyat. – credit
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*