Najib Dedah Siapa Broker Kes Rasuah DBKL?

Sebelum ini pihak Polis mendedahkan akan memanggil seorang bekas menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan timbalannya tidak lama lagi untuk disoal siasat atas dakwaan rasuah.

Laporan yang dikeluarkan oleh Free Malaysia Today memetik dari sumber sebagai berkata, pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan turut dipanggil berhubung dakwaan rasuah itu.

Mengikut sumber, setiausaha politik menteri itu sudah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur untuk disoal siasat atas dakwaan rasuah membabitkan beberapa pemaju di ibu negara Kuala Lumpur.

Satu laporan telah dibuat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dan laporan media juga mendapati siasatan sedang dijalankan polis Brickfields dan Sentul atas ‘dua jenayah komersial’.

Hari ini, mantan Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak Tun Razak mendedahkan wajah suspek yang dikaitkan dengan skandal rasuah tersebut di laman Facebook beliau.

Dalam lontaran status beliau hari ini berbunyi,

 

“Tiga dari lima orang dalam gambar ini sudah ditahan polis termasuk broker dan setiausaha politik. Lid kenal ke tidak broker yang disyaki terima bayaran berjuta-juta dari developer untuk projek DBKL?
Adakah setiausaha politik merangkap ketua bahagian Shah Alam parti PAN yang kamu lantik sebagai ahli lembaga DBKL itu kawan baik dengan broker? Minta penjelasan Lid.” – sumber

Dari kenyataan yang ditulis oleh Najib, Beliau menyoal mantan Menteri Wilayah berkenaan status setiausaha politiknya yang sebelum ini bersungguh sungguh Khalid Samad memberi alasan kononnya nama Setiausaha Politiknya dijual untuk mendapatkan projek.