Monday, October 21, 2019

Najib Jawap

Mantan Perdana Menteri menjawap persoalan rakyat dikala isu SRC International semakin sampai dipenghujungnya dan dikala ini Riza Aziz (anak tiri DS Najib) diheret dengan perang persepsi kononnya terlibat dalam urusan ‘cuci duit’ dengan syarikat 1MDB.

1. Kerajaan PH telah dakwa anak tiri saya, Riza Aziz, di mahkamah hari ini kerana disyaki “cuci” wang.

2. Dia bukan didakwa curi wang, menyeleweng ataupun menyalah gunakan kuasa. Tetapi “cuci” wang.

3. Lima tuduhan hari ini adalah ke atas lima pindahan wang pelabur ke akaun bank syarikat filem dia iaitu Red Granite Holdings.

4. Kesemua dakwaan-dakwaan itu adalah transaksi yang berlaku di luar negara dan melibatkan pelabur asing serta bank asing.

Tidak ada satu transaksi berlaku dalam Malaysia.

5. DOJ Amerika Syarikat pernah menyaman Riza dengan saman sivil lucuthak tentang lima-lima transaksi ini kerana mendakwa ada dana dari pelabur yang akhirnya boleh dikesan sumbernya dari 1MDB.

6. Riza tidak pernah didakwa oleh DOJ dengan kes jenayah setelah 4 tahun DOJ menyiasat walaupun syarikat Riza itu berpangkal di Amerika Syarikat dan sebilangan transaksi itu berlaku di Amerika Syarikat dan melibatkan bank Amerika Syarikat.

Segala pelaburan-pelaburan filem ada perjanjian pelaburan masing-masing. Saya difahamkan juga bahawa sebahagian dari dana pelaburan itu juga telah dipulangkan setelah projek berjaya.

7. Malah kes lucuthak Riza telah digugurkan oleh DOJ setelah mencapai perjanjian penyelesaian di mana Riza membayar US$60 juta kepada DOJ.

Di fahamkan bahawa dana US$60 juta ini juga telah dihantar oleh DOJ kepada kerajaan Malaysia dua bulan dahulu.

8. Tetapi, kerajaan PH tak puas hati dan telah mendakwa Riza di atas kepentingan politik.

9. Riza telah lama meneruskan karier dia diluar negara dan pada masa itu saya tidak pernah terlibat atau mengetahui secara mendalam tentang kerjaya dan bisness dia.

10. Tapi apa yang saya fahami beberapa tahun yang kepas ialah dia telah menubuh sebuah syarikat yang bernama Red Granite untuk menerbitkan filem. Dia telah menjadi penerbit filem (film producer).

11. Adalah kebiasaan dalam industri filem Amerika Syarikat bahawa untuk setiap projek filem, penerbit filem akan mencari pelabur-pelabur.

12. Antara pelabur-pelabur ini termasuk beberapa individu tertentu yang dikatakan ada kaitan dengan dana 1MDB. Inilah punca DOJ mengambil tindakan masa itu.

13. Antara filem-filem yang diterbitkan oleh syarikat Riza termasuk filem “Wolf of Wall Street” yang ramai penyokong PH gelar sebagai filem lucah.

14. Saya difahamkan bahawa filem ini bukan filem lucah atau filem semburit semata-matanya tetapi filem tentang riwayat seseorang yang mengandungi beberapa bahagian yang mengandundi kebogelan.

Filem ini juga dicalonkan lima kali untuk anugerah Oscar. Takkan filem lucah dicalonkan untuk Oscar?

15. Perlu ingat bahawa Riza adalah penerbit filem dan bukan pengarah filem. Ianya pengarah filem yang menentukan apa kandungan dalam filem.

Pengarah filem itu juga adalah antara pengarah paling terkenal iaitu Martin Scorsese yang pernah menang Oscar.

16. Akhirnya, filem ini yang dibintangi Leonardo DiCaprio boleh dikatakan telah berjaya kerana mendapat penjualan tiket sebanyak US$392 juta (RM1.63 bilion) di seluruh dunia.

17. Filem-filem lain yang diterbitkan selepas ini oleh syarikat Riza turut berjaya termasuk:
– filem Dumb and Dumber 2 yang dibintangi oleh Jim Carrey dan Jeff Daniels (penjualan tiket US$170 juta / RM705 juta)
– filem Daddy’s Home 1 (penjualan tiket US$240 juta / RM1 bilion) yang dibintangi oleh Will Ferrel dan Mark Wahlberg.

18. Perniagaan Riza adalah untuk pasaran seluruh dunia. Dia tidak dapat apa-apa projek dari kerajaan Malaysia.

19. Tapi memang dalam kuasa kerajaan PH untuk mendakwa sesiapa yang mereka mahu atas apa-apa sebab pun.

20. Kita hanya boleh mengupah peguam untuk melawan dan menang di Mahkamah.

sumber : Facebook Najib Razak