Najib Pengecut So What?!

“Najib Razak pengecut. Sebab itu beliau tidak berani bubar parlimen dan umum pilihanraya!”
“Kerajaan sekarang memerintah atas mandat HARAM!”


Persoalannya, apakah benar seperti yang diperkatakan? Dan jika benar PM kita pengecut, maka mengapa negeri-negeri Pembangkang tidak sahaja mahu membubarkan dahulu Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan mengisytiharkan pilihanraya? Bukankah Kerajaan Negeri Selangor sendiri sudah beberapa kali mengumumkan “tarikh” pembubaran DUN mereka?
Sebenarnya tidak timbul langsung soal mandat haram atau tidak, kerana Dewan Rakyat atau Parlimen itu sendiri hanya akan terbubar pada 28 April 2013. Jika mereka mengambil tarikh tempoh lima tahun daripada 8 Mac 2008 yang lalu sebagai penentu halal-haramnya mandat sesebuah Kerajaan, maka Kerajaan Negeri-negeri pembangkang juga kini sedang memerintah di atas mandat yang HARAM! Jadi, sekarang bagaimana? Bolehkah mereka menerima kenyataan ini dengan hati yang terbuka?!!

Pada kami, senario dan strategi politik yang dimainkan oleh pakatan pembangkang ini sudah menjadi keterlaluan, dan semakin kebudak-budakan. Manakan tidak, mereka bisa sahaja menghalalkan perbuatan haram pemimpin dan penyokong mereka dengan hujah bahawa pihak lawan juga pernah berbuat sedemikian. Dan jika tiada apa yang boleh diperbandingkan, maka mereka akan tanpa malu menuduh orang lain sebagai menabur fitnah dan sebagainya.

Jadi, sudah tentu bagi mereka yang “atas pagar”, perkembangan ini membuatkan mereka sudah cukup meluat. Sebab itulah mereka tidak sabar-sabar lagi untuk turun mengundi pada PRU akan datang ini. Dan, tanpa disedari, sentimen ini telah dieksploitasi terlebih dahulu oleh propagandis pembangkang dengantagline PM Najib sengaja melengah-lengahkan pilihanraya dengan harapan, sokongan golongan atas pagar tadi akan condong kepada mereka. Namun, adakah ianya memberikan kesan?

Pada pandangan kami, golongan atas pagar yang tulen ini sebenar-benarnya sedang memerhati dan membuat penilaian ketika ini. Selebihnya, hati mereka sudah tetap. PRU kali ini menyaksikan polar sokongan rakyat yang lebih jelas. Tidak timbul lagi isu golongan atas pagar yang suka memanjangkan agenda pembangkang demi mahu memperbaiki Kerajaan sedia ada. 

Mana-mana yang hatinya tegar menyokong pembangkang, tidak akan menerima apa jua maklumat, walapun ianya satu bentuk kebenaran, yang datang dari pihak lawan mereka. Sepanjang lima tahun ini, mereka telah dididik untuk menutup mata, telinga dan hati ke atas maklumat selain dari pihak mereka. Inilah kaedah yang pihak pembangkang di Malaysia ini gunakan bagi mengekalkan sokongan mereka sambil berlindung di sebalik slogan transperansi dan tuntutan kebebasan!

Sebab itulah PRU kali ini PM sendiri sebut sebagai “Mother of All GE”. Bukan kerana ianya menentukan mati hidupnya Kerajaan BN, tetapi sebagai titik uijian kepada kematangan politik di pihak rakyat itu sendiri. Sepanjang 4 tahun pentadbiran PM Najib, beliau telah melakukan pelbagai perubahan yang digelar sebagai TRANSFORMASI. Itu tidak dapat kita nafikan. Dan transformasi politik itulah perubahan paling berani yang beliau lakukan berbanding barisan pemimpin terdahulu.

Tidak pernah dalam sejarah Kerajaan yang memerintah negara ini, capaian maklumat dibuka dengan seluas-luasnya kepada rakyat untuk menilai. Tidak benar? Buka sahaja pautan video ucapan DS Najib atau posting beliau di Facebook, dan kira berapa ramai yang membalas dengan maki hamun walaupun maklumat tersebut hanya satu pemberitahuan? Dan apa yang menarik, beliau tidak moderate komen-komen tersebut dan membiarkan sahaja kepada rakyat yang lain untuk menilai sendiri. Maka kadang-kala apabila keadaan menjadi agak melampau, ada juga sebilangan rakyat biasa yang mempertahankan beliau. 

Cuba perhatikan pula perkara ini di rangkaian sosial milik pemimpin pembangkang? Adakah mereka betul-betul mengamalkan apa yang mereka perjuangkan? Kami di MyMassa sendiri sudah di block oleh beberapa pemimpin pembangkang, mungkin kerana mahu mengelakkan kami menyampaikan maklumat yang sebenar.

Malah, DS Najib sendiri mengambil langkah berani dengan membuka ruang yang lebih luas kepad ahli partinya untuk memilih sendiri pemimpin tertinggi mereka bagi menghapuskan politik wang. Rakyat perlu bertanya adakah perubahan yang sama turut berlaku dalam parti-parti pembangkang? Anwar Ibrahim menjadi Ketua Umum tanpa bertanding. Begitu juga dengan Nik Aziz. Malah, dalam pemilihan CEC DAP baru-baru ini, bagi meredakan kegelisahan orang Melayu, seorang Melayu CELUP telah diberikan 500 suntikan undi teknikal untuk menduduki tangga ke 20 (dan tercorot) pemimpin tertinggi parti secara tiba-tiba. Apakah mereka ini semua boleh kita percayai untuk membawa perubahan yang lebih terbuka dan telus bagi rakyat Malaysia? Itu belum kita cerita lagi tentang peranan anak beranak dan keluarga yang mendominasi kepimpinan tertinggi parti pembangkang.

Namun inilah reformasi yang ingin dibawa oleh Anwar dan parti pembangkang. Mereka dakwa mereka lebih baik berbanding BN. Bolehkah kita terima kenyataan ini sebagai sesuatu yang ada asasnya sekiranya para ulama’ dalam PAS sendiri dipecat tanpa pembelaan semata-mata kerana mahu mempertahankan Islam?!! Walhal PAS sendiri satu masa dahulu begitu bermati-matian membela Anwar yang mereka percaya dipecat secara zalim oleh Tun M.

Jadi, di manakah sebenarnya standard pemikiran dan kematangan berpolitik kita pada hari ini? Adakah kita akan memilih gabungan longgar parti-parti politik yang tidak mampu didaftarkan sebagai satu gabungan yang sah pada PRU ini? Apakah kita boleh menerima pula barisan bekas pemimpin BN yang satu masa dahulu kita maki hamun sebagai perompak wang rakyat yang kini tersingkir kerana transformasi BN?!! Dan di manakah akan kita letakkan pertimbangan moral dalam memilih pemimpin kali ini? Kerana tidak mampu menasihatkan isteri untuk memakai tudung atau yang terjebak dalam skandal video seks dengan pelacur dan homoseksual serta penzinaan?

Kadang-kadang kami berasa sangat jelek kerana dalam pada mereka tegar menegakkan hak pemimpin mereka untuk berzina sebagai hak peribadi, mereka tidak malu pula melaung-laungkan kepada rakyat yang perjuangan mereka adalah demi kemenangan Islam! – mymassa

* Anwar peliwat, So what?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*