Najib Saran Kerajaan Beri i-Sinar/i-Lestari 2.0

“KWSP umum keuntungan bagi suku 1 2021 sebanyak RM19.3 bilion.” – Najib Razak

Sedang negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) Kerajaan telah mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula 01 Jun hingga 14 Jun depan. #TotalLockdown [Rujuk]

Difahamkan banyak sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Meskipun terdapat pertikaian sebanyak 95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang dilaporkan media.

Keputusan (Total lockdown) dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes yang lebih membimbangkan belaku keruntuhan sosial dan ekonomi negara ini jika tidak dibendung dan dikawal dengan lebih awal.

Peningkatan kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sebelum total lockdown dilaksanakan, Sehingga hari ini kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19 juga masih dalam kesesakan yang mana dalam laporan laporan yang dikeluarkan oleh pihak MKN, KKM, dan CPRC Kebangsaan melaporkan jumlah pesakit yang sembuh menunjukkan tren peningkatan dan kes baru harian yang tidak dapat prediksikan bila ia akan menurun (kes harian) dengan konsisten meskipun Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pernah mengeluarkan kenyataan yang berlawanan dengan situasi yang sedang rakyat Malaysia lalui ketika ini. [Rujuk]

Meskipun ramai yang berjaya sembuh, bekas pesakit #COVID19 masih berisiko untuk mendapat Sindrom COVID berpanjangan seperti lemah dan lesu, kesukaran bernafas dan daya ingatan yang lemah.

Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ FASA PERTAMA ini adalah satu kenyataan yang jelas bahawa kerajaan bakal melanjutkan ia kepada Fasa Kedua (jika dilihat pada trend kes baharu) dan secara tidak langsung rakyat Malaysia yang terjejas teruk ketika ini bakal mengharungi Fasa Kedua yang amat memeritkan.

Hal ini mendapat perhatian oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak yang mengesyorkan cadangan agar kerajaan memberikan kemudahan buat ahli Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) mengharungi tempoh PKP3 ini dengan meneruskan program i-Sinar dan i-Lestari 2.0.

Saranan itu dilontarkan oleh beliau dilaman rasmi Facebooknya,

“Semalam, KWSP umum keuntungan bagi suku 1 2021 sebanyak RM19.3 bilion. Jumlah aset terkumpul KWSP juga diumumkan telah jatuh sedikit ke RM982 bilion pada akhir suku 1 2021 dari RM998 billion pada akhir tahun 2020 tapi masih lebih tinggi berbanding RM925 bilion pada tahun 2019 sebelum pandemik.”
KWSP raih pendapatan pelaburan kasar RM19.29 bilion [rujuk]
“Penurunan RM16 bilion (atau 1.6%) dari RM998 bilion ini adalah akibat pengeluaran RM78.8 bilion melalui skim i-Sinar dan i-Lestari.”6.49 juta ahli mengeluarkan purata RM8,937 melalui i-Sinar manakala 5.27 juta ahli ambil purata RM3,947 dari skim i-Lestari.”
Dalam kenyataanya itu juga DS Najib turut mengkritik kegagalan Kerajaan melaksanakan SOP dalam tempoh PKP bersiri,
“Jumlah aset KWSP masih kukuh dan tinggi, Pengeluaran melalui i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 sebelum ini cuma membawa kepada penurunan 1.6% daripada jumlah aset KWSP. Kesan dari “Total Locdown” sekarang adalah jauh lebih genting setelah kegagalan bersiri PKP 2.0 dan PKP 3.0 separuh masak”
“Maka saya saran kerajaan PN untuk laksanakan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 sebelum ini untuk tempoh 3 bulan. Jika dulu, impak i-Sinar/i-Lestari 1.0 adalah RM78.8 bilion maka impak i-Sinar/i-Lestari 2.0 pada kadar separuh tidak akan sampai RM39.4 bilion – atau 4% daripada jumlah aset RM981.7 bilion KWSP terkini.”
Dalam pada itu DS Najib juga masih berteka teki adakah Kerajaan akan melaksanakan cadangan ini,
“Biarlah Rakyat uruskan sebahagian dari duit sendiri pada tempoh “Total” Lockdown ini sebab keadaan apa yang lebih parah berbanding Lockdown selepas menhadapi 5 bulan PKP 2.0 dan PKP 3.0?
Jika bukan sekarang, maka bila? Sistem-sistem sudah ada. Logo ada. Elya pun ada. Cuma tengok kerajaan nak buat ke tidak.
“Total Lockdown yang amat ketat sepatutnya dibuat awal-awal lagi semasa Rakyat mula mendapat duit i-Sinar 1.0. Akibat kegagalan kerajaan yang buat PKP demi PKP separuh masak yang berpanjangan maka apa yang dikeluarkan pada masa i-Sinar 1.0 sudah kehabisan.”
“PKP separuh masak ini bukan salah Rakyat tetapi salah kerajaan yang berulang kali buat perkara sama yang terbukti gagal. Sebab itu, harap kerajaan akan berbesar hati untuk benarkan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.”
DS Najib juga mengingatkan kerajaan bahawa kemampuan KWSP hari ini adalah daripada hasil pelaburan ketika beliau menjawat jawatan Perdan Menteri Malaysia, Malahan beliau memberi jaminan mampu menaikkan semula simpanan rakyat pada masa akan datang.
“Usah risau sangat. Kerajaan BN masa saya PM berjaya naikkan berganda jumlah aset KWSP dari RM300 bilion ke RM850 bilion dari tahun 2009 ke 2017 dengan memberi kelebihan kepada projek-projek KWSP.
“Sebab itu, kerajaan BN pada masa depan mampu naikkan semula simpanan Rakyat yang berkurang dalam masa kritikal pandemik ini.”