Najib Tiru Jenama Perjuangan PAS?!

Kenyataan terbaru dari Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz bahawasanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meniru perjuangan Pas.

Ini kerana, kata Nik Aziz, UMNO hanya meniru jenama PAS dalam soal hak bercakap soal pahala dan dosa.

Nik Aziz membuat kenyataan begitu sebagai memberi reaksi kepada saingan politiknya, Najib yang menggariskan tujuh dosa besar yang dilakukan oleh PAS dan PKR.

Justeru, Nik Aziz mendakwa Najib tidak layak untuk bercakap dosa dan pahala yang dilakukan oleh parti PAS memandangkan kata Tok Guru, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Mungkin, ramai yang tidak percaya. Tetapi, dalam media rasmi Harakah Daily.net sendiri melaporkan pada Ahad, 17 Mac lalu bahawa:

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut soal dosa pahala sebagai meniru untuk mengaburi mata rakyat.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, sebutan berkait dosa pahala sinonim dengan perjuangan Islam tetapi agak kontra jika ia disebut oleh parti (Umno) yang memperjuangkan kebangsaan.

Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan itu dibuat Najib hanya untuk menampakkan imej Islam pada perjuangan kebangsaan.

“Ini kita sebut tiru jenama. Kalau dalam korporat bila tiru jenama boleh bawa ke mahkamah. Bila tiru, maknanya barang ni adalah palsu.

“Dosa pahala ini sebutan Islam. Dalam kebangsaan tidak ada dosa pahala, tidak ada syurga neraka. Bila kebangsaan sebut dosa pahala, dia meniru untuk mengelirukan rakyat,’ katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Sabtu lalu.

Beliau mengulas kenyataan Najib yang juga presiden Umno di Majlis `Bekwoh’ Rakyat Bersama Perdana Menteri di Kelantan pada Jumaat lepas.

Najib dalam ucapannya antara lain menghukum tujuh dosa besar PAS terhadap rakyat dan umat Islam.

Mengulas lanjut, Tuan Guru berkata, amalan meniru ini pernah ditunjukkan dalam sirah Rasulullah SAW, apabila seorang munafik bernama Abdullah Bin Ubai yang sanggup membina masjid dirar semata-mata ingin menyaingi masjid Nabi.

“Dia tengok masjid Nabi ramai orang, dia pun buat masjid jugak yang dipanggil masjid dirar,” katanya.

Jika diberi kesempatan untuk bertanya kepada Nik Aziz, soalan yang perlu dikemukakan kepada beliau, apakah layak buat Nik Aziz untuk menghakimi UMNO dan BN sehingga ke tahap itu? Apakah beliau adalah seorang yang bertaraf ahli sufi?

Sebelum ini, Nik Aziz mengeluarkan hukumnya sendiri bahawa parti UMNO dan BN juga pengikut-pengikut dalam dua parti ini adalah kafir.

Walhal, PAS sendiri sudah terang-terangan menyokong seratus peratus parti DAP, parti yang kafir!

Mereka tetap sama dan tidak akan pernah berubah, mudah bagi mereka menuduh sesiapa sahaja sebagai halwa bicara mereka. Jadi, tidak hairanlah kali ini Nik Aziz sendiri menuduh Najib meniru perjuangan PAS.

Kerana, pada pemikiran Nik Aziz, UMNO bukan parti Islam tetapi bersifat assabiyah atau mengutamakan soal memperjuangkan kepentingan dan kebajikan bangsanya, dan secara totalnya, tidak berhak menggunakan istilah dan kaedah pahala serta dosa dalam mengukur amalan orang lain.

Jika difikir sedalam-dalamnya, berapa banyak masjid yang telah dibina oleh PAS? Tidak banyak! Yang tetap membangunkan agama Islam adalah kerajaan pimpinan UMNO yang dihukum Nik Aziz sendiri sebagai kafir dan tidak boleh bercakap soal dosa dan pahala.

Sekarang ini, semua harus sedar dan pertingkatkan rasa risau kerana setakat ini, PAS telah meningkatkan konsep ‘kealiman’ mereka kerana dalam cubaan untuk membolot istilah agama secara mutlak dan mudah untuk menjatuhkan hukuman sendiri.

Yang pasti dalam diri mereka, UMNO dan BN itu semuanya mempunyai dosa besar, berbeza bagi ahli-hali PAS, mereka semua bersifat maksum. Tak gitu Tok Guru? – 

– Nik Aziz nyanyuk ini kononnya PAS itu islam sangat ke?Serupa dengan retis yang bagi steatment “Masuk PAS baru kenal erti Islam” ini satu perangai yang dibawak oleh dakyah pimpinan PAS yang mengelirukan orang, lebih-lebih mulut longkang Abby badi tu…Dulu jelambak sekarang terkangkang~!!!Ingat berpewatakkan warak LESEN BESAR ker nak pertikai hak seorang pemerintah?!




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*