Nasharuddin Boleh Pilih Parti Lain?!

 

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan bahawa dengan rela hati melepaskan dan tiada halangan untuk bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain.
Menurut Nik Aziz, terpulang kepada Nasharuddin untuk menyertai parti lain 
“Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).
“Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia,” katanya kepada media.
Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan perlucutan Nasharuddin kerana berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan. – KLpos

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*