Nazri Aziz Masuk Kampung


Berlangsung sebentar tadi majlis makan tengahhari bersama penyokong BN di bilik gerakkan Cawangan Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz hadir bersama calon N.19 Chenderoh Saudara Zainun Mat Nor atau panggilan orang kampung Cikgu Zainun.

Rata-rata pengundi disini menerima baik kehadiran Cikgu Zainun yang menggantikan  tempat Datuk Siti Salmah Jusak yang di pindahkan ke DUN Lubuk Merbau.
Majlis gotong royong membersihkan Perkuburan Islam Kg. Jamuan
Calon bagi DUN Lubuk Merbau dan Chenderoh ini diantara orang yang sering berada dekat dengan penduduk kampung sehinggakan setiap kali program didalam kawasan mereka sentiasa senang untuk hadirkan diri.
Tidak lokek memberikan senyuman Datuk Siti Salmah Jusak
Semoga berjaya untuk semua calon-calon Palimen Padang Rengas,
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*