NAZRI SASARAN ‘GAME PLAN’ PAKATAN RAKYAT

wow wowowooooo…3 hari lepas teman terbaca satu blog dari pro-UMNO (JELEBOR-ni gua kasi nama timangan sendiri) yang mengutuk Nazri Aziz, sebab isu anak dia Nadim..teman memang tak setuju dgn akhlak anak beliau tak bermakna teman tolak kepimpinan Nazri, mari kita renungkan sedikit pandangan teman terhadap tokoh politik Nazri Aziz ini..


Sikap dan perjuangan beliau amat jelas membangunkan, memperjuangkan bangsa dan negara termasuk BAHAGIAN PADANG RENGAS tu, Mengkomer jangan duk mengata beliau kalau kome tak pegi sendiri ke kawasan beliau, aku secara peribadinya memuji cara dan pendekatan beliau di kawasan dia, tak hairanlah dia nak belagak ke hapa ke memang dia buat kerja, dia juga lantang bersuara didepan pebangangkan terutama dalam parliment, penyangak pakatan rakyat pon terkucil dek ke langsian beliau, Pemimpin pembangkang tahu Nazri selalu berjaya mematahkan hujah dan  tuduhan pembangkang di Dewan Rakyat malah ahli Parlimen Padang Rengas  itu yang selalu dipanggil ‘Cheif ’ dianggap ‘tembok kebal’ yang sukar  digoyah pembangkang.ini la yang dikatakan berani…beliau ada karekter beliau sendiri atew nak sabitkan beliau TAK BAGUS sebab perangai anak dia?memang dasar JELEBOR dah takde point nak serang Nazri,


3 هاري لڤس تمن ترباچ ساتو بلوڬ دري ڤرو-امنو ﴿جيليبور-ني ڬوا كاسي نام تيمڠن سنديري﴾ يڠ مڠوتوق نازري عزيز، سبب ايسو انق دي نديم..تمن ميمڠ تق ستوجو دڬن اخلاق انق بلياو تق برمعنى تمن تولق كڤيمڤينن نازري، ماري كيت رينوڠكن سديكيت ڤنداڠن تمن ترهادڤ توكوه ڤوليتيك نازري عزيز اين..

سيكڤ دان ڤرجواڠن بلياو امت جلس ممباڠونكن، ممڤرجواڠكن بڠسا دان نڬارا ترماسوق بهاڬين ڤادڠ رڠاس تو، مڠكومر جاڠن دوق مڠات بلياو كالاو كوم تق ڤڬي سنديري ك كاوسن بلياو، اكو سچارا ڤريباديڽ مموجي چارا دان ڤندكتن بلياو د كاوسن دي، تق حيرانله دي نق بلاڬق ك هاڤ ك ميمڠ دي بوات كرجا، دي جوڬ لنتڠ برسوارا ددڤن ڤبڠڠكن تراوتما دالم ڤرليمينت، ڤڽاڠاق ڤاكتن رعيت ڤون تركوچيل ديك ك لڠسين بلياو، ڤميمڤين ڤمبڠكڠ تاهو نازري سلالو برجاي مماتهكن حجه دان تودوهن ڤمبڠكڠ د ديوان رعيت ماله اهلي ڤرليمين ڤادڠ رڠاس ايت يڠ سلالو دڤڠڬيل ‘چياف ‘ دأڠڬڤ ‘تمبوك كبل’ يڠ سوكر دڬويه ڤمبڠكڠ.اين لا يڠ دكاتاكن براني…بلياو اد كارقتر بلياو سنديري اتو نق سابيتكن بلياو تق باڬوس سبب ڤراڠاي انق دي؟ميمڠ داسر جيليبور ده تقد ڤوينت نق سراڠ نازري،


INI LA NATE JELEBOR

Ini teman nak ingatkan Jelebor,si Nazri aziz mempunyai sokongan dari penyokong yang rata-rata para belia hari ini, TERMASUK AKU!  Mybe Blogger pro-umno(Jelebor) tu mungkin ada terikat dengan siapa² atau dia ada masalah dengan Nazri sehingga sanggup menikam beliau dengan ‘character  assassination’ aku sebagai penyokong BARISAN NASIONAL aku tidak setuju dengan tindakkan macam budak tengin yang mengikut telunjuk orang lain, ingat~ aku setuju jika nazri aziz sendiri boleh dikelaskan sebagai ASET BN kerana beliau tidak bermasalah dengan tugas beliau..yang peliknya..Yang aku pelik Nazri takde la plak nak jentik telor JEblogger tu sehingga dia duk ‘character  assassination’ nazri, apa? besar sangat ke ko Jelebor nak kritik ketua yang dilantik rakyat dengan majority yang fantastik?

Iman, amal dan takwa itu bukan boleh diwarisi atau di pertontonkan untuk menunjuk alimnya kita, Anak dia yang liar/hidup sosial tu dia dengan tuhan, asal korang² lak nak jadi hakim dunia plak? nak ngira dosa pahala orang lain, cuba pergi tengok sendiri PADANG RENGAS la seblum duk kutuk orang…aku tak kata aku setuju dengan perangai anak dia, aku mungkin blogger baru dan muda…tapi aku kenal Nazri secara peribadinya DIA BAGUS. ada kalanya kita tak setuju pon pergi la face-to-face…Dia OK per…Nah JARI TENGAH AKU PADA SI JELEBOR~ 

pada aku JELEBOR itu dah termasuk dalam game plan yang direka oleh PAKATAN RAKYAT iaitu ‘character  assassination’..cuba mengkomer baca susun-atur ‘character  assassination’ yang direka oleh puak pebangkang hari ini..now JELEBOR ini rasanya dah termakan umpan dedak ikan talapia lombong..Tetibe aku meluat kat ang Jelebor..Puihhhhh…

اين تمن نق ايڠتكن جيليبور،سي نازري عزيز ممڤوڽاءي سوكوڠن دري ڤڽوكوڠ يڠ رات-رات ڤارا بليا هاري اين، ترماسوق اكو! مايب بلوڬڬر ڤرو-امنو﴿جيليبور﴾ تو موڠكين اد تريكت دڠن سياڤا² اتاو دي اد مسئله دڠن نازري سهيڠڬ سڠڬوڤ منيكم بلياو دڠن ءچراچتر اسسسسيناشن’ اكو سباڬاي ڤڽوكوڠ باريسن ناسيونل اكو تيدق ستوجو دڠن تيندقكن ماچم بودق تيڠين يڠ مڠيكوت تلونجوق اورڠ لاين، ايڠت~ اكو ستوجو جك نازري عزيز سنديري بوليه دكلسكن سباڬاي اسيت بن كران بلياو تيدق برمسئله دڠن توڬس بلياو..يڠ ڤليقڽ..يڠ اكو ڤليق نازري تقد لا ڤلاق نق جنتيق تيلور جيبلوڬڬر تو سهيڠڬ دي دوق ءچراچتر اسسسسيناشن’ نازري، اڤ؟ بسر ساڠت ك كو جيليبور نق كريتيك كتوا يڠ دلانتيق رعيت دڠن ماجوريتي يڠ فنتستيق؟

ايمان، عمل دان تقوى ايت بوكن بوليه دواريثي اتاو د ڤرتونتونكن اونتوق منونجوق عاليمڽ كيت، انق دي يڠ ليار/هيدوڤ سوسيال تو دي دڠن توهن، اصل كورڠ² لق نق جادي حاكيم دنيا ڤلاق؟ نق ڠيرا دوسا ڤاهلا اورڠ لاين، چوبا ڤرڬي تيڠوق سنديري ڤادڠ رڠاس لا سبلوم دوق كوتوق اورڠ…اكو تق كات اكو ستوجو دڠن ڤراڠاي انق دي، اكو موڠكين بلوڬڬر بارو دان مودا…تاڤي اكو كنل نازري سچارا ڤريباديڽ دي باڬوس. اد كالنيا كيت تق ستوجو ڤون ڤرڬي لا فاچ-تو-فاچ…دي اوق ڤر…نه جاري تڠه اكو ڤد سي جيليبور~

ڤد اكو جيليبور ايت ده ترماسوق دالم ڬايم ڤلان يڠ دريكا اوليه ڤاكتن رعيت ايايت ءچراچتر اسسسسيناشن’..چوبا مڠكومر باچ سوسون-اتور ءچراچتر اسسسسيناشن’ يڠ دريكا اوليه ڤواق ڤبڠكڠ هاري اين..نوو جيليبور اين راسڽ ده ترماكن اومڤن ددق ايكن تالڤيا لومبوڠ..تتيبي اكو ملوات كت ڠ جيليبور..ڤويههههه…

Mengkome ingat tak???  

Datuk Seri Zahid Hamidi dengan isu pembelian aset kententeraan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam isu pendatang asing dan  peningkatan kadar jenayah manakala Datuk Seri Shafie Apdal dikaitkan  dengan aktres Zahida Rafik membabitkan pemberian sejumlah wang.

Turut jadi mangsa Ketua Wanita UMNO dalam isu NFC sehingga memaksa Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil melepaskan jawatan menteri.Itu tidak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan  isteri Datuk Seri Rosmah Mansor yang berterusan diserang dan ditohmah  pembangkang terutama dalam kes kematian Altantuya Shaariibuu.Cuma Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Puteri  UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin terselamat daripada serangan  pembangkang sejak pakatan PKR,DAP dan PAS berusaha bersungguh-sungguh  mahu merampas Putrajaya. 

Khairy tidak terjejas kerana sudah puas diserang ketika Tun Abdullah  Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri manakala pembangkang melihat  puteri UMNO pimpinan Rosnah bukan ‘bahaya’ besar yang boleh menyekat  perjuangan mereka. 

Tidak hairanlah apabila sebelum ini juga cuba dikaitkan kononnya dalam  isu pergaduhan anaknya dengan penyelia keselamatan sebuah kondominium.

Pembangkang juga turut mengaitkan anak Nazri dengan kes kematian  seorang pemuda pada 2004.Huiiiii…jenuh² Pakatan duk try Nazri

Ini bermakna, bukan kali pertama ‘character assassin’ dilakukan terhadap Nazri.  Bagaimanapun, Nazri tidak juga ‘ tumbang-tumbang’ walau asakan demi  asakan oleh pembangkang.

Apa yang pasti, pembangkang sudah menggunakan taktik kotor apabila  merakam aktiviti Nadim, anak Nazri yang dikatakan memandu kenderaan  jenis Hammer milik Chia.

Rakaman gambar dan video ditayangkan Rafizi jelas menunjukkan  pembangkang sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai tujuan mereka  bagi menjatuhkan panglima-panglima sekitar Najib bagi memudahkan mereka pada PRU ke 13 nanti.

 Pembangkang bukan sahaja mahu menjatuhkan Najib, Muhyiddin, Zahid,  Shafie, Hishammuddin, Shahrizat dan Nazri tetapi pemimpin Sabah dan  Sarawak yang jadi peti simpanan tetap BN setiap kali pilihanraya.

Lihatlah bagaimana mereka menyerang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib  Mahmud berkaitan kekayaan dan tanah yang dikatakan luas miliknya.

Ketua Menteri Sabah,  Datuk Seri Musa Aman pula dikaitkan dengan kes  rasuah balak serta penyalahgunaan wang rakyat dan terbaru wang RM40  juta milik Chia yang diberikan kepada UMNO negeri itu.

Berbalik isu Nazri, pembangkang menggunakan sebutir peluru untuk  menumbang beberapa ramai musuh mereka.Selain mahu memalitkan arang ke muka Najib dan Nazri, pembangkang  dalam masa sama mahu isu itu turut menimbulkan kebencian rakyat kepada  Musa Aman.

 Inilah politik matlamat menghalalkan cara yang dipraktikkan  pembangkang Malaysia.

Mereka bukan lagi mahu jadi pembangkang yang memberi kritikan dan  teguran membina kepada kerajaan seperti pembangkang di negara Barat  tetapi impian sebenar mereka semakin jelas mahu menjatuhkan kerajaan.

Peliknya, jika ada pendedahan babitkan pembangkang, mereka akan  menuduh UMNO dalang sedangkan orang ramai tahu yang mendedahkan  rakaman lelaki mirik Anwar Ibrahim adalah Datuk Eskay Abdullah – teman  rapat Ketua Pembangkang itu.

Malah, yang heboh mengatakan Anwar ada hubungan intim dengan Shamsidar  Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali adalah Datuk  S.Nalakaruppan – teman rapat Ketua Umum PKR itu.

Bahkan yang mendedahkan Anwar dengan tuduhan meliwat Mohd Saiful  Bukhari Azlan bukan orang lain malah pembantu Anwar sendiri yang  sanggup bersumpah laknat mengakui perbuatan jijik yang dilakukan  terhadapnya.

Dengan pendedahan terbaru Rafizi itu, jelaskan politik pembangkang semakin cacamarba.


credit to : ROSLAN BIAN Agendadaily
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*