Ngeh Koo ham tidak bersalah

Kalau ada orang kata Ngeh Koham, Pengerusi DAP Perak tersilap dalam mengeluarkan kenyataan berbau penghinaan terhadap islam dan umatnya maka sebenarnya orang itulah yang silap.



Jadi jangan harap DAP akan mengambil tindakan terhadap Ngeh Koham. Dia sebenarnya bercakap mewakili DAP ! Kenyataan kenyataan ini sebenarnya dirancang dan disusun dengan rapi.

Mereka sengaja melakukannya dengan niat untuk mencapai sekurang kurang dua (2) matlamat.

1. Mereka nak buktikan orang melayu Islam memang dah berpecah belah dengan teruk. Orang melayu Islam dah memang tak boleh bersatu walaupun Islam tergugat.

Isu baru baru ni jadi bukti. Orang melayu ada yang membantah tapi ada juga yang mewajarkannya. Pemuda PAS Perak terus mengadap Ngeh Koham, menyatakan kebersamaan gamaknya.



Bila ada desakan supaya tindakan diambil, ada pulak nyuruh ambil tindakan terhadap Tun Mahathir pulak dah.

2. DAP nak cetuskan kebimbangan dalam kalangan penganut agama lain khasnya Kristian. Bila orang islam bangkit, orang islam nampak garang dan mungkin keluarkan kenyataan keras.


Aku jangka ini mudahkan kerja kempen DAP di Sabah dan Sarawak yang mana Islam adalah minoriti. Mudahlah mereka menyemai kebencian. Hakikatnya kalau sesebuah parti berjaya menawan pengundi kristian, mereka mungkin menang di sana.

Inilah mainan DAP. Ini wayang mereka. Jadi aku rasa dap ni dah melepasi satu tahap di mana mereka boleh mencatur politik Malaysia. Yang peliknya pas dan PKR sanggup jadi panglima mereka…


souce:
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.