Ngeh Koo Kam: Orang India BODOH!?

“Indians not as stupid as they think” quote unquote Ngeh Koo Kam on Twitter. From this statement, we can only conclude that Ngeh, the Perak DAP chairman, thinks Indians are stupid, but not as stupid as ‘they’ think.”[SUMBER]


Sesi perbahasan Bajet 2013 di Persidangan Dewan Negeri Perak bertukar kecoh selepas Adun Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar membangkitkan skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar yang dianugerahkan kerajaan Kelantan kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang mana dua pemimpin kanan DAP Perak merupakan pengarah syarikat berkenaan.

Beliau memberitahu, pendedahan itu dibuat kerana kedua-dua nama pemimpin DAP, iaitu Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming tercatat dalam pendaftaran syarikat sebagai antara pengarah syarikat terbabit.

“Ini membuktikan Kor Ming ini mengata orang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” katanya mengenai sikap wakil rakyat DAP itu yang menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah menerima tanah walaupun seinci daripada kerajaan PAS Kelantan.
Sebelum itu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengutamakan kroni mereka dalam pemberian tanah tanpa melakukan tender secara terbuka.
Menurut Hamdi lagi, penganugerahan tanah daripada kerajaan Kelantan itu berkemungkinan sebagai habuan daripada PAS Kelantan kepada DAP Perak kerana bersetuju menerima dan melantik Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.
“Kita dedahkan ini kerana mereka sering menuduh BN kerajaan tidak baik dan suka beri projek pada kroni manakala parti mereka baik, bersih dan tidak ada cacat cela.
“Dengan bukti-bukti ini, adakah pakatan ini sebenarnya bersih seperti mana yang mereka dakwa,” katanya.

Sementara itu, Kor Ming pada sidang medianya selepas itu, menafikan dakwaan beliau dan Koo Ham telah menerima habuan tanah daripada kerajaan Kelantan.
Menurutnya, sebuah laporan polis akan dibuat terhadap blog Pisau.Net kerana menyebarkan artikel palsu di samping melakukan jenayah berbentuk fitnah.
Dalam blog tersebut, syarikat berkenaan didakwa menerima ganjaran tanah seluas 4,210 hektar dengan nilai pasaran bernilai hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai, Daerah Chiku dekat Gua Musang daripada kerajaan Kelantan.[PERAK TODAY]
Sumber: Perak Today.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*