Ngeh-Nga menggunakan Nizar Untuk Spin DUN Perak!


DAP Perak berada dalam keadaan goyah dan ketakutan. Itu merupakan fakta yang tidak dapat dinafikan terutama setelah pendedahan berhubung keserakahan dan kehalobaan Ngeh-Nga yang merupakan WARLORDS terulung DAP Perak, didedahkan. Kedua-dua bersepupu itu memiliki tanah seluas 10, 526 hektar di Gua Musang, Kelantan menerusi Syarikat Upaya Padu Plantation Sdn. Bhd. sebagai timbal balas kepada persetujuan mereka untuk melantik Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas PRU12 lalu. 

Sebelum pendedahan tersebut, Ngeh-Nga menggunakan Nizar Jamaluddin, cuba menimbulkan keributan di sidang DUN Perak dengan pertuduhan salah laku terhadap beberapa orang pembantu pemimpin UMNO Perak. Bagaimanapun, tuduhan dan dakwaan tersebut bukan sahaja didapati tidak berasas, sebaliknya dipenuhi dengan pelbagai fitnah dan bertujuan agar perkara sebenar membabitkan Ngeh-Nga tidak didedahkan.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*