Niat Nak Cari Port Tapi Jumpa Tengkorak

“Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan ke atas rangka dan tengkorak, pihak kami tidak menemui sebarang cebisan baju atau barang kes lain yang dapat membantu dalam mengenal pasti identiti mayat tersebut,”
Seorang kaki pancing yang sibuk mencari ‘port’ memancing ikan terkejut dan panik apabila menemui tengkorak manusia di tepi Sungai Kinta berhampiran Kampung Pisang, Batu Gajah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Baru Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pemancing lelaki yang berusia 40 tahun itu kemudiannya memaklumkan penemuan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah kira-kira jam 3 petang mengenai penemuan tersebut.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian menemui rangka dan tengkorak dipercayai manusia terdampar di tebing sungai berkenaan.

“Polis hanya menemui rangka dari paras pinggang dan tengkorak di kawasan berkenaan manakala bahagian tulang yang lain dijumpai di sekitar lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan ke atas rangka dan tengkorak, pihak kami tidak menemui sebarang cebisan baju atau barang kes lain yang dapat membantu dalam mengenal pasti identiti mayat tersebut,” katanya.

Berikutan itu, Shaharon berkata, rangka dan tengkorak itu dibawa dan disimpan di Hospital Batu Gajah (HBG) dan dipindahkan ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Khamis lalu dan kemudiannya dibedah siasat pada keesokannya.

“Laporan bedah siasat menemui kesan tetakan di tulang belakang berhampiran dengan dasar tengkorak mangsa (leher) sehingga menyebabkan tulang terputus.

“Selain itu, hasil bedah siasat turut menemui kesan tetakan di pinggul sebelah kiri yang menyebabkan tulang pinggul terputus dua,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, setakat ini identiti mangsa yang dipercayai dalam lingkungan umur 25 tahun ke atas itu masih belum dikenal pasti namun kecederaan yang terdapat pada rangka tersebut menunjukkan kematiannya disebabkan eleman jenayah.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga, saudara mara ataupun rakan, diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk memaklumkan perkara tersebut.

“Ia untuk tujuan pengesahan dan sampel DNA mereka akan dijadikan analisa perbandingan dengan rangka serta tengkorak berkenaan.

“Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh tampil untuk memberi maklumat dengan menghubungi Asisten Superintendan Ajit Singh, di talian 05-3629222,” katanya semalam. – Sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله

.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*