Nik Ajis Menangis Dan Menangis lagi.

Tak tahulah dia sedar atau tidak bahawa dirinya dah tidak dimahukan rakyat lagi sebagai Menteri Besar. Nik Aziz dilihat menitiskan air mata di stadium tadi. 


Nik Aziz balik dari umrah untuk menggunakan kemudahan berjalan sebagai Menteri Besar buat kali terakhir sebelum pilihanraya. Dia disambut di lapangan terbang dan terus di bawa ke stadium untuk satu majis menyambut kepulanggannya.
Pihak PAS mengharap untuk dapat menandingi perhimpunan TUKAR tempuh hari di depan pejabat UMNO dan juga pertemuan PM dengan rakyat Kelantan di perantauan baru-baru ini.
Diwar-warkan ribuan akan sambut Nik Aziz di airport.
Nampaknya yang kita nampak hanya 400 orang saja yang sambut. Tak tahulah ada kata 10 ribu sambut Nik Aziz kerana diluar keupayaan orang biasa untuk melihat.
Malahan sebaik dibawa ke Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Baru, hanya 1,200 saja yang hadhir.
Dengan kedatangan panglima-panglima PAS Pis Puss Kelantan seperti Dato Ahmad bin Yaakob, Timbalan MB, Dato Nik Mohd Amar Nik Abdullah, exco negeri kelantan, Zulkifli Mamat, Setioausaha PAS dan ADUN Pulai CHondong, Dato Takiyudin Hassan (exco), Dato Anuar Tan bin Abdullah (exco), Dato Fadli Shaari Hassan (exco) dan Abu Samah Hassan, Naib R pun tak dapat mengubah kemalsan rakyat untuk sambut Nik Aziz pulang.

Pasti PAS kata BN Yang Sabotaj

Gambar perhimpunan TUKAR ada SINI. Beribu brader. Apa cerita???

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*