Nik Aziz Akui Air Kelantan Kotor

KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat mengakui terdapat laporan kes kualiti air yang kurang memuaskan di negeri ini.
Menurutnya, antara punca utama kekotoran tersebut adalah pembangunan di kawasan hulu negeri ini tetapi usaha untuk mengawal pencemaran itu sentiasa dilakukan Kerajaan Negeri.
Bagaimanapun, beliau mempersoalkan laporan media mengenai isu pengurusan anak syarikat Kerajaan Negeri, Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) yang jelas ingin memburukkan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan.
“Saya akui benda itu berlaku, tapi tidak sampai sebagaimana yang dibesarkan itu, itu masalah kedua, memang Kelantan ini orang terliur semua, tapi kena ingat selain dari sungai Kelantan, sungai (negeri) lain kotor juga.
“Kita tidak tahu betul atau tidak tapi akhbar perdana ini sengaja nak burukkan Kelantan,”katanya kepada pemberita selepas hadir di Mesyuarat Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER), pagi tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sebuah akhbar kelmarin mengenai tahap kualiti air di negeri ini yang didakwa terkotor dan mengandungi loham serta bakteria berbahaya.
Bagi tujuan tersebut, Nik Aziz yang juga Pengerusi AKSB berkata, pihaknya memanggil syarikat yang membangunkan kawasan hulu Kelantan supaya menekan aspek pemuliharaan dalam kerjanya.
“Pembangunan ini perlu cuma, kita nasihat panggil dan menegur syarikat yang buat pembangunan itu sekarang, sudah banyak perubahan tapi lama kelamaan insyaallah mereka akan faham keadaan,”katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kualiti bekalan air bersih yang disalurkan oleh AKSB, beliau berkata, perkhidmatan yang diberikan bertambah baik lebih-lebih lagi dengan penyedian peruntukkan kewangan.

– Sinar 2011

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*