Nik Aziz Angkuh?!

Inilah riak wajah penampilan seorang Menteri Besar Kelantan atau Murshidul Am PAS yang bergelar Tok Guru Nik Aziz . Setelah rakyat Kelantan sanggup menanggung segala beban hidup dari kegagalan pemerintahannya yang serba-serbi tidak memenuhi kehendak dan keperluan rakyat, walaupun 22 tahun memerintah Kelantan. 
Penampilan Nik Aziz di depan rakyat yang berduyun-duyun ingin datang bersalam dengannya pun tidak diendah dan tidak diberi senyuman sedikitpun. Iyelah!! Sekurang-kuranya sebagai ucapan terima kasih kepada penyokong setianya yang sanggup mengorbankan kesenangan hidup  semata-mata mempercayai adat diisi, janji dilabuh . 
Banyak kepercayaan mereka dimungkiri dengan janji-janji kosong. Walaupun bergitu tidak menafikan segala ibadat dan amalannya. Tetapi tidak juga boleh menghalalkan segala kesilapannya.
 
Yang paling hendak dipersoalkan sikap Nik Aziz pandai mempersoalkan mana-mana penampilan orang lain sesedap rasa hatinya, tetapi adakah dia sedar yang penampilannya juga ada cacat-cerlanya yang perlu diperbetulkan kerana dia juga manusia bukan? Jangan kerana dia sudah jauh dijulang dan dipuja, mengubah sikapnya sebagai semakin angkuh dari tangungjawapnya sebagai seorang begelar pemimpin yang gagal ditunaikan. 
Bergitu juga dengan apa yang diucapnya berbeza dengan apa yang dilakukannya dan kadang kala sehingga melangar akidah, syariat dan rukun dalam Islam. Itupun tidak diambil kisah oleh Nik Aziz .
Saban hari dalam Facebook Nik Aziz menampilkan gambar-gambar menunjukan Nik Aziz sedang beribadat dalam penuh khusyuk. Entahlah mungkin ini cara paling terbaik meraih sokongan dan tetapi mungkin mereka yang terlibat terlupa gambar itu juga boleh melambangkan betapa riaknya, menunjuk-nunjuk diri rajin beribadat. Mungkin itu bukan pernilaian buat Nik Aziz kerana dia sendiri berani menjanjikan syurga sebagai kempen meraih undi. 
Semuanya bagaikan tidak salah jika dipandang dari sudut tatacara Islam, buat Nik Aziz. Mungkin ramai tidak setuju dengan kenyataan ini seolah-olah kerana cuba menafikan ibadatnya. Itu bukan tujuannya tetapi cuma menyatakan tidak sepatutnya ketahap itu.
Dalam pemerintahan Nik Aziz sering meminta Rakyat Kelantan bersabar! bersabar! dengan apa yang ada dan bersyukur walaupun serba-serbi kekurangan. Wahal peruntukan Kerajaan Pusat yang sepatutnya dipergunakan sebagai membantu rakyat tetapi hilang entah kemana?  Masih sempat juga mengutuk segala sumbangan Perdana Menteri yang cuba memberi dan memenuhi keperluan rakyat tampa pilih kasih negeri mana datangnya mereka, dengan harapan dapat mengurangkan sedikit berban yang rakyat tanggung. 
Adakah itu bukan antara tuntutan dan tangungjawap yang diwajibkan Islam terhadap mana-mana pemimpin? Entahlah bagaimana Nik Aziz menafsirkan tuntutan dan tangungjawap dalam islam terhadap pemimpin menjadi kesalahan dimatanya? Kalau itu gagal dilaksanakan adakah layak dia memimpin Rakyat? Entahlah mungkin ungkapan ini salah buat Nik Aziz? Mungkin kerana dia Ulama mungkin aku diharamkan menyentuh peribadinya tetapi aku juga tertanya bagaimana mereka boleh menyerang ulama-ulama dan ustaz-usataz lain dengan sesedap rasa?
Nik Aziz hanya ibarat telinga rabit dipasang subang, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan cincin. Fikir-fikirlah…  Kepada sesiapa hendak kutuk jangan jadi sombong dulu! kalau betul-betul kerana Allah klik sini kalau berani dan Klik Ini

SUMBER: Pecahpalakmikir

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*