Nik Aziz – Berkata Benar Walaupun Pahit

Jangan buat lupa atau terlupa ea hal ini?
Berani kerana benar, takut kerana salah, itulah tanggapan masyarakat Malaysia terhadap Anwar Ibrahim yang enggan menyerahkan DNAnya kepada mahkamah serta penafiannya dalam video seks yang tersiar di dalam you tube.

Flashback Story:



Masyarakat Malaysia menganggap Anwar sememangnya melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu termasuk meliwat dan berzina. Malangnya ramai pemimpin Pas mempertahankan mantan Timbalan perdana menteri itu, yang sekaligus membuktikan sikap mereka pun tiada bezanya dengan Anwar yang penuh dengan penipuan dan menyukai duniawi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu “berkata benar walaupun pahit” berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan “seseorang yang ternama”.

“Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu, jadi disebabkan jadi perhatian awam, umum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya,” katanya

Mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan “tak masuk syurga tuduh Anwar” terbabit dalam video seks berkenaan, Muhyiddin berkata: “(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah, dia menjawab lebih kepada bahasa politik bukan kepada hukum,” katanya.

Muhyiddin berkata apa yang penting ketika ini ialah mencari kebenaran berhubung isu video seks berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah dan tohmahan.

“Yang penting ialah mencari hak, kebenaran, katalah benar walaupun yang benar itu pahit, jadi penting bagi kita menjelaskan hal itu, dan kerajaan tidak eksploitasi untuk kepentingan politik,” kata beliau.

Menjawab soalan berkenaan kenyataan Nik Aziz sekalipun polis mengesahkan bahawa pakar-pakar asing menyatakan bahawa video seks itu tulen, Muhyiddin berkata:

“Nik Aziz mudah saja, tak ada jalan, cari pada hukum, memang kita faham apa hukum, tetapi ini soal yang besar, yang pasti penting bagi pihak kita cari jalan

setidak-tidaknya cari jalan, beri, cari bukti yang sah, bukti fakta sebenar untuk elak tohmahan, fitnah dan sebagainya,” kata Muhyiddin.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam berkata rakaman video seks membabitkan pelaku mirip Anwar telah disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara. -KELATEKITO.NET
Tu belum aku ungkit mintak jam omega lagi tu hehehe – ds
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*