Nik Aziz Celupar

NIK AZIZ MENGHAMPIRI TARAF WALI-WALI

Tindakan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang melabelkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai haiwan dan bodoh merendahkan taraf diri sendiri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata sebagai pemimpin tertinggi parti yang memperjuangkan nasib orang Islam, Nik Aziz seharusnya menjadi contoh yang baik dalam setiap pertuturan yang diungkapkan, bukan membangkitkan kemarahan rakyat yang juga terdiri ahli dan penyokong PAS.
“Mereka sebenarnya takut dan bimbang rakyat akan berubah sokongan kepada Barisan Nasional (BN), sebab itulah labelkan penerima bantuan kerajaan sebagai binatang. Mereka takut pada bayang-bayang sendiri, takut hilang kerusi pada PRU-13,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Himpunan Barisan 1Malaysia di dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, di sini, semalam.

CABAR KELUAR FATWA
Di Hulu Selangor, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, mencabar Nik Aziz supaya mengeluarkan ‘fatwa’ berhubung penyokong PAS yang menerima BR1M, sama ada mereka juga umpama haiwan seperti dakwaannya.
“Saya fikir Nik Aziz tidak sedar apa yang dia cakap sebenarnya, elok undur diri dan buatlah peralihan kuasa. Saya rasa elok beliau belajar daripada UMNO bagaimana cara peralihan kuasa dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Di Lumut, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin, berkata tindakan Nik Aziz menyamakan BR1M seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu amat amat menghina rakyat.
“Perdana Menteri nak tunjuk selain pembangunan dan subsidi yang diberikan kepada rakyat untuk meringankan beban mereka, kita kena bawa satu perkara luar biasa untuk tunjukkan transformasi dan sebab itulah kerajaan beri wang tunai,” katanya berucap di majlis penyampaian BR1M 2.0 Untuk Orang Muda di Parlimen Lumut di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sini, semalam.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, selepas merasmikan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16 di Ulu Dedap di Seberang Perak, menggambarkan Nik Aziz seorang tidak berakal dan berilmu serta tidak melambangkan seorang tokoh ulama.
Petikan Berita Harian 
Pada perkiraan MyMassa, Nik Aziz kian hari makin menghampiri taraf wali, walaupun sesetengah pengikutnya menganggap serta memuja Nik Aziz melebihi dari itu, tapi saban hari, Nik Aziz makin bongkak serta taksub akan kuasa serta keluasan pengaruhnya di Kelantan. 
Allah s.w.t itu Maha Adil lagi Maha Berkuasa. Janganlah kita menjadi terlalu bongkak, atau sombong sehingga menyamakan pemberian BR1M itu umpama memberi dedak kepada haiwan ternakan. Walhal mereka yang mengambil itu tidak dikira fahaman politiknya, tidak dipersoalkan agama atau bangsanya, semua itu niat ikhlas kerajaan untuk membantu serta meringkankan beban rakyat yang memerlukan. Hina sangatkah mereka itu sekiranya wang pemberian yang diberi untuk membeli segantang beras, setin susu, sebungkus lampin, seikat sayur? 
Bagi Nik Aziz mungkin tidak, kerana dia sudah dilimpahi kekayaan melimpah ruah. Namun rakyat jelata masih ramai yang memerlukan bantuan dari apa segi pun. Niat murni BR1M kini dikecam PAS kerana sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti mereka, Nik Aziz khuwatir rakyat serta penyokong PAS sedar akan kekurangan PAS dalam mentadbir negeri mereka sendiri, tidak mampu memberi bantuan sepertimana bantuan BR1M.
Apapun MyMassa mendoakan agar dibuka minda dan hati Nik Aziz serta penyokong-penyokong PAS agar sedar akan niat ikhlas kerajaan sedia ada sekarang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*