Nik Aziz Dibelasah Karpal Singh

Pengerusi DAP, Karpal Singh mendapat sokongan padu dalam usahanya menentang hasrat Pas melaksanakan hukum hudud di negara ini selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mengulangi pendirian sama.

Malah, Kit Siang turut menempelak hasrat Pas yang masih berkhayal mahu melaksanakan hukum itu dengan menyifatkan sesuatu undang-undang di negara ini hanya boleh dilaksanakan jika merupakan amalan kebiasaan dalam kalangan rakyat dan diterima semua pihak.

“Kami sangat jelas berhubung perkara ini seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini yang mana amalan ini akan hanya dilaksanakan jika merupakan amalan biasa dalam komuniti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kenyataan Kit Siang itu sekali gus menyokong pendirian Karpal semalam yang menolak pelaksanaan hukum hudud Pas di negara ini kerana menyifatkan tidak ada keperluan ke arah pelaksanaannya.

Pendirian Kit Siang dan Karpal itu bercanggah dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang turut bertegas melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.

Menurut Kit Siang, pertelagahan mengenai isu itu tidak seharusnya timbul semula kerana sudah difahami sepenuhnya semua pemimpin pembangkang sebelum ini. – sumber

Walaupun berkerusi roda beliau mempunyai semangat pemBANGKANG utama sehinggakan memBANGKANG idea pemBANGKANG yang lain. Karpal Raja Rimba Episod “Pukulan kerusi besi”




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*