Nik Aziz Hina Orang Miskin?!

Sedap sungguh mulut orang tua ni semata-mata kerana dia takut, para pengundi di Kelantan akan berpaling daripada menyokong PAS kepada UMNO-BN kerana BR1M. Melabelkan BINATANG kepada orang miskin, terutama daripada ‘pemimpin besar’ seperti Nik Aziz yang gambarnya dijadikan seperti tangkal azimat di kalangan para pengikutnya, terutama sekali pekedai-pekedai di Kelantan, langsung tidak menggambarkannya sebagai seorang tua yang boleh dihormati lagi.

Apa sangatlah menerima bantuan RM1000 dan RM250 daripada Kerajaan Malaysia. Kalau RM1000 dan RM250 dikatakan sebagai penukar status manusia menjadi binatang, bagaimana pula dengan KESEMUA PEMIMPIN PAS yang hidup atas wang ehsan para pengikut PAS menerusi TABUNG DERMA JIHAD UNIT AMAL?

Bagaimana pula dengan Nik Aziz yang hidup atas wang derma mencurah daripada orang yang mendengar ceramahnya? Tidakkah menerima derma seperti itu terutama sekali dalam soal memperniagakan agama untuk mendapatkan undi bagi memberi kuasa, jauh lebih hina berbanding pengemis.

Apa lagi yang lebih hina daripada pengemis?

Sudah tentulah 
haiwan yang setaraf dengan orang seperti itu!

Nak salahkan Nik Aziz seratus peratus pun atas kekhilafan itu, tidak boleh sebab dia adalah seorang pemimpin yang sudah tua, tidak bertenaga dan kurang sihat lagi akal fikirannya. Tekanan politik telah menyebabkan dia banyak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang pemimpin yang diangkat tinggi sehingga ke tahap maksum.

Secara peribadi, penulis tidak marahkan Nik Aziz dengan kenyataan terbarunya itu. Walaupun penulis bukanlah pemuja Nik Aziz, apatah lagi jenis yang berlonggok depan rumahnya atau menghilangkan rindu dengan mengintai bayangnya, atau bercakap-cakap di hadapan gambarnya yang kaku, namun penulis sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Nik Aziz. Penulis sentiasa mengharapkan Allah Taala membuka rahsia Af’al-Nya dengan menjadikan pengaruh pada Nik Aziz untuk kebaikan umat Islam khususnya di Malaysia.

Namun sehingga setakat ini, doa penulis masih tidak dikabul-kabulkan oleh Allah Taala. Barangkali ada salah dan silap dalam rukun dan menjalankan syarat berdoa!

Tak mengapalah, penulis masih tidak berputus asa atas rahmat-Nya. Semoga Allah Taala mengabulkan permintaan dan munajat penulis yang sangat kerdil dan bersifat baharu ini. – TFK

*nate nate nie Nik Nate
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*