Nik Aziz Tak Faham Atau Nyanyuk?!

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak penting lantaran beliau sendiri pun gagal memahami isu yang diketengahkan dalam hal membabitkan royalti minyak negeri terbabit.

“Kita tak perlulah ambil kisah dengan apa yang diperkatakan olehnya kerana dia sendiri pun tak tahu apa yang diperkatakan. Dia tidak tahu hal berkaitan royalti jauh sekali untuk memahami kandungan perjanjian yang berlaku berkaitan minyak dan siapa yang terlibat,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut: “Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.”
Biarpun tidak menyebut dengan khusus nama menteri yang dimaksudkan, dapat difahami bahawa beliau merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan berkaitan agihan royalti minyak kepada negeri kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.
“Banyak bukti kita dapat lihat dia memang tak tahu apa-apa biarpun atas nama Mursyidul Am Pas sebagaimana isu kalimah Allah yang dipersetujuinya digunakan oleh kaum lain tetapi kemudiannya diperbetulkan oleh Majlis Syura Ulama iaitu keputusan yang bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Datuk Nik Aziz.
“Sejak bila pula Datuk Nik Aziz diberikan surat tauliah untuk menggantikan Malaikat Malik dan Ridwan yang menjaga neraka dan syurga? Ajaran mazhab mana pula yang meletakkan beliau untuk mengenalpasti siapa akan masuk neraka dan siapa yang akan masuk syurga dan apakah diri beliau sendiri itu sudah pasti masuk syurga sehingga melabel orang lain demikian?” soalnya lagi.
Oleh itu, Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Kok Lanas menganggap kata-kata Menteri Besar Kelantan ini tidak perlu diambil kira sebaliknya para pemimpin Barisan Nasional meneruskan fokus untuk melakukan khidmat bakti kepada masyarakat.
“Sebagai Islam, kita tak boleh main tuduh saja orang ini masuk syurga, orang ini masuk neraka kerana itu semua kerja Allah SWT. Siapa kita nak persoalkan kerja tuhan,” tegasnya lagi. –

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*