Nizar Jamaluddin Hanya Tupai Melompat

Datuk Seri Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak bernasib baik kerana boleh terus berkicau dan terbang bebas sekalipun melakukan kesalahan demi kesalahan yang gambarkan kredilitinya cukup low standard.

Tidak ada tindakan diambil PAS ataupun sekutunya, Pakatan Rakyat, terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. Ini difahami kerana jarang kita dengar ahli-ahli parti itu dikenakan hukuman.

Tindakan memecat ataupun mengantung keahlian ataupun mengugurkan dari jawatan seperti berlaku pada Datuk Hassan Ali dan Datuk Nasharuddin Mat Isa adalah kerana “mereka dilihat pro UMNO.”
Kalau mereka anti-UMNO, halal mereka melakukan apa saja.
Justeru walaupun berulang kali Nizar dilihat melakukan kesalahan yang memalukan, DAP dan PAS masih terus mendewa-dewakan wakil rakyat Pasir Panjang itu.
Bagi mereka Nizar jauh lebih baik 1000 kali berbanding Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir.
Pembangkang kini jenuh perah otak untuk mengambarkan kepimpinan Dr.Zambry diwarnai amalan kronisme, rasuah dan sebagainya.
Pendek kata pembangkang sering mempermodalkan aspek ini bagi memperlekeh ADUN Pangkor itu.
Sebagai contoh dalam isu debat bawah tajuk Nik Aziz rasuah Ngeh Koo Ham, Zambry Boncitkan Kroni—Siapa Berdusta? tajaan pembangkang,baru-baru ini sekali lagi Menteri Besar diberi gambaran begitu hina.
Dr.Zambry tidak mahu hadir kerana isu tanah yang mahu didebatkan bukan beliau yang mulakan. Beliau tidak mengulas mengenai isu tanah 10,526 ekar di Kelantan yang dimiliki sebuah syarikat milik bersama Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.
Kerusi kosong sebagai simbolik sebagai usaha memperlekeh Dr.Zambry . Senario ini macam pernah kita lihat dalam TV di luar negara. Konon bagi menggambarkan pencabarnya itu penakut.
Bagi Dr.Zambry, tempat wajar berdebat ialah di DUN Perak, bukannya ditempat yang mereka pilih dan topik yang mereka tentukan.
Dalam dewan, mereka macam tikus. Yang mereka tahu hanyalah berbohong kepada rakyat macam dalam kes Nizar yang sering dilabel pembohong bersiri.
Kalau Nizar dalam UMNO, dah lama dia tidak berpeluang memegang jawatan penting kerana ini melibatkan soal kredibiliti pemimpin.
Kalau dilihat dari segi nyawa politik Nizar, ia banyak ditentukan DAP dari PAS sendiri.
Maknanya kerana faKtor pengaruh, DAP berjaya mengapungkan pengaruh Nizar sehingga sekarang.
Sebagai contoh, sejak kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada 2009, DAP menjadi penyokong kuat Nizar.
Jika dikira dengan jari, kita memerlukan jari kaki pula kerana terlalu banyak kali DAP mewar-warkan sokongan kepada Nizar sebagai bakal Menteri Besar Perak.
Maknanya DAP walau dalam apa situasi sekalipun,masih mencalonkan Nizar sebagai bakal Menteri Besar. Maknanya PKR atau calon lain dalam PAS boleh lupakan pada jawatan berkenaan.
Rakan-rakan dalam Pakatan, baik PKR mahupun PAS, mengambil sikap membisu—yapun tak, takpun tak,ambil sikap tunggu dan lihat saja.
Datuk Ngeh Koo Ham selaku Pengerusi DAP negeri beberapa kali membuat “endorsement” Nizar sebagai calon MB Perak jika mereka merampas Perak.
Untuk rekod, DAP juga mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika mereka merampas Putrajaya walaupun PAS percaya Hadi Awang jauh lebih layak daripada Anwar.
Dengan sikap DAP mendewa-dewakan Nizar, mantan Menteri Besar itu ambil sikap membujur lalu melintang patah. Ia bercakap seperti lidah tidak bertulang.
Ibarat kata…don’t worry..be happy.
Tak hairan jika Dr Zambry mahu rakyat berwaspada dengan janji-janji Nizar.
Menyenarai semula isu-isu yang ditimbulkan Nizar termasuklah isu ancak.
Nizar mendakwa Majlis Agama lslam bersidang membincang isu ini. “Saya tanya Mufti Perak . . .betul ke, dia (mufti) menafikan.”kata Dr.Zambry.
Nizar juga mendakwa Perdana Menteri dalam pertemuan dengan para pegawai tertinggi tentera mengarahkan mereka melakukan rampasan kuasa andaikata BN kalah dalam PRU ke13. Ini dinafikan tentera dan Kementerian Pertahanan.
Nizar juga mendedahkan surat mengesahkan pembayaran RM207 billion kepada mangsa landasan maut Burma-Thailand dalam Perang Dunia ke2.
Kerajaan Jepun didakwa membuat pembayaran kepada kerajaan kita. Jepun yang marah menganggap ia fitnah dan meminta Malaysia bertindak terhadep mereka yang membuat fitnah.
Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah menafikan surat yang didedahkan Nizar kerana ia surat palsu dan beliau membuat laporan polis mengenai dakwaan Nizar itu.
Nizar dalam sidang DUN lalu mendakwa Dr.Zambry menelefonnya menawarkan jawatan Mentri Besar Perak jika dia (Nizar) menyertai UMNO. Dr.Zambry bersumpah menafikan berbuat tawaran kepada Nizar.
Nizar juga mendakwa Dr.Zambry meluluskan tiga kawasan balak kepada seorang pemohon. Tapi kata Menteri Besar, waktu Nizar jadi Menteri Besar,diapun lulus kepada seorang calon tiga kompartmen menggunakan alamat sama.
“Bila kita siasat kita dapati alamatnya sebuah rumah usang. Kita ingat pemohonnya tentulah sudah kayaraya. Nizar juga meluluskan kawasan balak hutan simpan tanpa merujuk kepada jawatankuasa hutan sebagai syarat wajib . . . kita ada dokumen dan kita ada bukti.”kata Menteri Besar.
Dalam kes terbaru Nizar dan DAP diuji lagi. Kali ini Nizar dalam tweetnya pada 29 Jan. menulis”The Carcass Gatherers:BN polilticians rush to cash in on William’s death (Pengumpul Bangkai:Ahli-ahli Politik BN berlumba-lumba dapatkan nama atas kematian William—merujuk kematian William Yau Zhen Zhong, 6 tahun yang ditemui terapung di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Kelang 24 Jan lalu.
Dr Zambry ketika mengulas isu tweet Nizar berkata ianya suatu ayat (perkataan) pelek yang digunakan oleh seorang yang berperangai dan bersifat pelek.
“Ini merupakan satu perkara yang pelik daripada manusia yang amat pelik,” merujuk perkataan ‘CARCASS GATHERERS’ yang digunakan Nizar.
Dalam konteks ini beliau berkata carcass membawa maksud bangkai dan ia biasanya merujuk kepada binatang mati yang juga merupakan makanan burung hering (vultures).
“Terkejut saya dia boleh gunakan perkataan sebegini. Apakah dia tidak mempunyai sebarang jiwa kemanusian dan rasa simpati terhadap keluarga mangsa.
Beliau menyifatkan perkataan yang digunakan Nizar amat keterlaluan,dan melahir rasa kecewa dengan perkataan yang dipamerkan Nizar walaupun dia dikatakan sebagai seorang yang berpendidikan agama tinggi.
DAP dijangka bakal mempertahankan Nizar seperti biasa dilakukan. Bagi DAP, ia mungkin tidak kisah dengan tweet Nizar namun bagi majoriti pengundi Cina di Perak, isu ini menyayat hati lebih-lebih lagi William baru 6 tahun dan bukannya ahli parti politik.
Bagi masyarakat Cina kenyataan Nizar menjelang PRU ke13 bakal menimbulkan kesedaran antara BN dan Pakatan—antara Dr.Zambry dan Nizar sebagai bakal Menteri Besar.
Walaupun apa yang bakal Nizar katakan selepas ini, pengundi Cina sudah dapat menangkap makna yang tersirat.
Dalam PRU ke12, pengundi Cina di Perak memberi sokongan pada DAP sehingga parti itu menang 18 kerusi dari 59 kerusi dalam DUN Perak. Jika undang-undang membolehkan, calon DAP sudah menjadi Menteri Besar, bukannya Nizar.
Ini satu rekod yang belum pernah berlaku. Tapi menjelang PRU ke13, bunga-bunga kekecewaan masyarakat Cina sudahpun dapat dilihat dari sekarang.Agenda Daily

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*