NIZAR: Penipuan 207Bilion Terbongkar

Kementerian Kewangan menafikan dakwaan kononnya kerajaan telah menerima wang sebanyak RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan terhadap rakyat Malaysia yang terkorban dan menderita akibat dijadikan buruh paksa ketika pembinaan landasan keretapi dari siam ke Burma semasa perang dunia ke-2.


Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa dakwaan itu dikatakan berpunca daripada memo palsu bertarikh 29 Mac 2011 yang kononnya dikeluarkan kementerian berkenaan.
Sehubungan itu, satu laporan polis juga telah di buat oleh Kementerian Kewangan pada 26 September tahun lalu.
Penjelasan itu dibuat Kementerian Kewangan, selepas laman-laman blog pembangkang mendakwa wujudnya pembayaran RM207 bilion oleh kerajaan Jepun itu yang didakwa telah dilesapkan.
Akibat fitnah itu, Kedutaan Jepun telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan pada 9 Januari lalu untuk mendapatkan penjelasan kerana kerajaan negara itu tidak pernah membayar pampasan berkenaan.
Dakwaan itu juga membuktikan ada pihak yang tidak bertanggungjawab ingin memburuk-burukkan serta menjatuhkan imej dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan Kementerian Kewangan. – SUMBER

Beberapa fakta yang perlu diteliti dari stetment yang selalu diwar-warkan oleh anwar dan nizar didalam ceramahnya isu 207Bilion.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*