Nizar Wajib Bertaubat

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa Ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini harus dihapuskan membuktikan betapa terdesaknya pembangkang sehingga sanggup mempersoalkan apa yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman menyifatkan tuduhan Nizar bahawa Ketuanan Melayu itu bersifat zalim terhadap kaum lain di negara ini serta menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan kezaliman adalah sesuatu yang keterlaluan.
“Pembangkang kini sudah terdesak, mereka sudah kehabisan modal, kini mereka menggunakan Perlembagaan Negara sebagai modal politik dan cuba mengelirukan dan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan.
“Mereka sanggup menuduh kerajaan tidak berlaku adil dan zalim, sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku kerana semua rakyat mendapat hak yang sama sama ada dari sudut ekonomi, pendidikan, kebajikan malah kaum lain bebas untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing tanpa sebarang masalah.
“Nizar jangan hanya pandai bercakap membuta tuli sahaja, buktikan bahawa adanya kezaliman dan ketidakadilan yang dikatakan, jangan jadikan perkara ini untuk dapatkan simpati dan sokongan disebabkan pilihan raya dah semakin hampir,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung, baru-baru ini yang menuduh konsep Ketuanan Melayu telah menyebabkab berlakun kezaliman dan ketidakadilan kepada kaum lain.
Hamidah berkata, Nizar sepatutnya memahami apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan bukannya mempolitikkan perkara itu ynag boleh menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu – kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
Menurutnya, Perlembagaan Malaysia adalah untuk melindungi bukan sahaja hak orang Melayu malah kaum Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak juga termaktub dalam perlembagaan berkenaan dan bagaimana pula Nizar boleh mengatakan itu hanya untuk orang Melayu sahaja.
Beliau menasihatkan Nizar supaya berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan dan perlu memikirkan kesan serta risiko dari apa yang dinyatakan, jangan gadaikan keharmonian dan kesejahteraan kerana untuk dapatkan sokongan politik.
Hamidah berkata, jangan disebabkan untuk mendapat populariti, pembangkang sanggup membangkitkan isu sedemikian dan ini menunjukkan mereka semakin terdesak selepas gagal mempengaruhi rakyat untuk menyokongnya.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*