NizaRoyan akan bersara awal

Bye² semuaaaaaaaaaaaaa……
Walaupun Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan keyakinannya bahawa kawasan yang dipegangnya diramal kekal milik PR pada PRU akan datang, namun pengumuman Menteri Besar baru-baru ini sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan pihak pembangkang bagi mempertahankan kawasan itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan MIC akan menyerahkan kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang kepada Umno dalam satu proses pertukaran kerusi.

klik untuk gedabakkan~

Walaupun Zambry enggan mendedahkan kerusi mana yang akan diserahkan Umno kepada MIC sebagai ganti, namun MIC telah memberikan lampu hijau untuk memberikan laluan kepada Umno bertanding dalam PRU yang akan datang.

Ini berikutan, ada desakan daripada pemimpin akar umbi agar kedua-dua parti itu bertukar kerusi memandangkan kawasan Pasir Panjang didominasi pengundi Melayu.

Pada 2008, calon MIC, Dr S Vasan tewas kepada Nizar (Pas) dengan perbezaan 4,474 undi.

Nizar dalam komennya amat yakin PR tidak mempunyai masalah walaupun seramai 500 pengundi di Felcra Lekir dipindahkan dari pusat undi Dun Pasir Panjang ke Dun Sitiawan.

Keyakinan itu kerana seramai 3,500 pengundi baru khususnya golongan muda di Dun Pasir Panjang dikatakan akan terus memberi sokongan kepada PR ditambah pula Dun Sitiawan adalah rakan seperjuangan iaitu Datuk Ngeh Koo Ham yang dilihat boleh memberikan kemenangan kepada parti itu.

Namun, adakah 3,500 itu bakal menyokong PR sepenuhnya,
BN pula dikatakan bakal membuat kejutan calon di situ.

klik untuk gedabakkan~
Walaupun Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan keyakinannya bahawa kawasan yang dipegangnya diramal kekal mi…

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*