Nurul Izzah Bocor Rahsia Bapaknya?!

Tidak sampai 48 jam selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding, Naib Presiden PKR yang juga anak kepada Anwar dan Wan Azizah menyangkal kebenaran berita itu.

“Itu hanya cakap-cakap politik,” katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.
“Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.
“Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.
Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut www.keadilandaily.com semalam. – MYKMU.NET/BERNAMA
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*