Old Town White Coffee?


Jangan lupa kisah director Kopitiam yang tak “open francias” kepada bumiputera, aku bukan ransis tapi apa motif syarat dia tak kasi orang Melayu guna brand Oldtown WHITE Coffee?

WHITE???????????

Kempen memboikot Oldtown White Coffee yang dikatakan dimiliki oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham sedang giat dijalankan di media siber. Ini berikutan penghinaan berterusan yang dilakukan oleh Ngeh Koo Ham terhadap orang Islam dan agama Islam itu sendiri.

Walaupun kopitiam berkenaan menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai tenaga muda dari kalangan orang Melayu-Bumiputera, hakikatnya ketiadaan sijil halal dan keengganan kopitiam berkenaan untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM, menunjukkan bagaimana kesombongan dan keangkuhan pemiliknya walaupun boleh dikatakan pelanggan utama mereka adalah dari kalangan umat Islam. 


Kebelakangan ini, isu makanan tidak halal banyak diperkatakan. Kalau di Selangor, burger daging babi sudah boleh diperolehi dengan mudah di pusat-pusat membeli belah ternama seperti di Sunway Pyramid dan sebagainya, makanan tidak halal juga banyak dijual secara terbuka dan dengan niat menipu umat Islam. 


Anehnya, para pekerjanya terdiri daripada anak-anak muda yang kelihatan seperti orang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Barangkali yang menjadi alasan, ialah pemberian dan penawaran gaji. 


Sebenarnya, sebagai orang Islam dan menjunjung kebenaran Islam, seharusnya umat Islam mengamalkan ‘rejim kewangan’ yang lebih ketat dengan mempersoalkan tentang halal haram pendapatan yang bakal menjadi darah daging dan dipersoalkan di akhirat kelak. Jangan hanya kerana ia adalah pendapatan dan duit, maka semuanya dikira halal… SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*