Orang Muda Mahu 3 Perkara?!

Calon Barisan Nasional (BN) Parit Buntar, Mua’amar Ghaddafi Jamaludin berazam untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai hub ekonomi serta hub sumber asli dalam usaha memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

Beliau yang berasal daripada kawasan berkenaan seterusnya memberitahu hub pendidikan juga boleh dibangunkan sekiranya pengundi memberikan kepercayaan kepada BN pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan.

“Parlimen Parit Buntar yang merupakan kampung saya sendiri banyak potensi yang boleh dibangunkan. Kita boleh lahirkan lebih banyak sumber asli, tempat peranginan yang boleh dinaiktaraf, sumber alam yang ada seperti perikanan dan sebagainya.

“Ini boleh dijadikan sebagai titik tolak untuk industri yang cukup baik. Kita ada jelapang padi, pusat nelayan dan sumber ini cukup banyak. Saya percaya penduduk di kawasan ini termasuklah orang muda mempunyai kesungguhan untuk menjayakan perkara ini,” katanya kepada UMNO-Online selepas mengadakan perlawanan futsal bersama belia Parit Buntar di Taman Kerian, dekat sini.

Beliau yang merupakan Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia seterusnya menambah tindakan kepimpinan BN yang mengenengahkan beberapa kepimpinan muda sebagai calon parti itu pada pilihan raya kali ini menunjukkan satu kepercayaan yang menyeluruh.

“Macam Perdaa Menteri sebut sebelum ini orang muda dan belia bukan sahaja pemimpin masa depan tetapi pemimpin masa kini. Ini salah satu bukti kata-kata Datuk Seri Najib selain bukti tranformasi politik yang saya percaya impaknya cukup besar terutama di kalangan orang muda yang mahu melihat suara mereka boleh dibawa ke dewan rakyat.

“Orang muda mahukan tiga perkara antaranya mereka mahu suara mereka didengar, peranan mereka diktiraf dan mahu isu golongan muda ditangani dengan cara orang muda. Apabila Datuk Seri Najib melalui BN telah meletakkan beberapa calon muda ini pada saya dikira mendekatkan lagi golongan belia bersama kerajaan kelak,” katanya. 









للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*