P. Ramlee Supermelayu

“ Dengar sini kawan kawanku sekampung, aku berharap, janganlah hendaknya, ada manusia seperti ini di tanah air kita, kerana, manusia yang seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita, ya… memang bangsa kita masih muda dan masih lemah, aku tak peduli itu semua…harapan ku hanyalah, kita sesama bangsa, bersatu padu lah hendaknya… “ P.RAMLEE… (SARJAN HASSAN) 1958.

  1. Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim, jika disebut akan namanya ini, pasti ramai generasi muda kita tidak berapa kenal dengan nama agung ini, tapi jika disebut P.Ramle, dari tokwan sehinggalah ke cicit wan pon semua kenal akan insan agung teristimewa ini.
  2. Tentu para pembaca hairan, kenapa dan apakah sebabnya artikel ini ditulis. Apa kaitannya dengan blog Military of Malaysia ini?
  3. Di sini tuan tuan pembaca sekalian, saya ingin mengajak tuan tuan semua mengkaji dan menilai setiap lakonan dan penceritaan seniman ini yang pada hemat saya kebanyakan penonton peminat P.Ramlee ini hanya untuk menonton dan menghiburkan diri sendiri atau keluarga.
  4. Tetapi sedar atau tidak, seniman ini sebenarnya mengajar kita pelbagai erti rencah hidup yang sememangnya kita hadapi pada zaman sekarang ini. Apa yang tersurat dan tersirat dalam mesej yang disampaikan kepada kita khususnya bangsa Melayu telah lama di kaji oleh beliau dan terbukti pemikirannya ini mendahului zaman!
  5. Pelbagai versi berkenaan dengan seniman ini telah di perkatakan oleh pelbagai peringkat dan komuniti. Namun ia tetap penuh misteri, mistik sehingga mengangkat insan ini terus di puja di sanjung hingga kini.
  6. Perwatakan aneh, suara merdu, kata kata berfalsafah dan dicampur dengan unsur ketuhanan menyebabkan kadang kadang pemikirannya melepasi jangkauan pemikiran masyarakat ketika itu.
  7. Ia memiliki segala galanya yang perlu ada bagi setiap insan kreatif dan bestari dan menggunakan kreativitinya untuk keperluan masyarakat.
  8. iiktiraf sebagai anak Melayu pemikir (Whole brain thinker) melalui kehebatannya berkarya dan telah membuktikan kebolehannya memimpin walau hanya di dalam filem.
  9. OK, berbalik kepada pemikiran seniman ini yang mendahului zamannya, saya mulakan dengan filem SARJAN HASSAN 1958. Sudah 55 tahun rupanya filem ini. Petikan dialog di atas diucapkan 55 tahun yang lampau yang menyeru agar bangsa Melayu bersatu dan tidak menjadi tali barut penjajah.
  10. Memang bangsa kita masih muda, tetapi kita jangan pedulikan itu semua. Mesej bersatu di utarakan dalam dialog ini.
  11. Filem SENIMAN BUJANG LAPOK 1961 (sudah 52 tahun) dialog yang berbunyi begini : “Hoi, ini wayang gambar bikin ka? (sudin)..nama saja orang Melayu..budi bahasa pon tak tau..panggil orang hoi hoi hoi…(Penjaga Singh)….. tengok banggali ni bahasakan kita laa,, memang betul apa dia cakap… panggil orang hoi hoi hoi, bahasa menunjukkan bangsa tau..(Ramlee)..”
  12. Mesej yang cuba disampaikan ialah bagaimana bahasa itu mencerminkan suatu bangsa iaitu Melayu. Suatu bangsa yang unggul mempunyai bahasa dan tuturkata
  13. yang amat sopan dan bererti. Saya juga merujuk kepada satu puisi mengenai bangsa Melayu iaitu “Melayu itu menegur pun ia sopan.” Harap forumer lepas ni pun bersopan laaa…. Hehehehe.
  14. Filem SEMERAH PADI 1956 (sudah 57 tahun) menceritakan sebuah negeri yang mendaulatkan undang undang islam dalam pemerintahannya. Arus pemikiran seniman ini berkonsepkan ketuhanan dan menerapkan budaya Melayu yang agak pekat dalam kehidupan seharian. Dialog…“Dari hidup bergelumang dosa, biar mati dijilat nuraka”, Teruna mengeluh kesal di hadapan sahabatnya Aduka.
  15. Dengan parang di atas kedua telapak tangannya, Teruna (P. Ramlee) menyerahkan nasibnya di tangan Aduka (Nordin Ahmad) ketika menyatakan pengakuannya; berzina bersama Dara. Mesej yang diutarakan ialah bagaimana adab sopan bangsa Melayu itu di jalinkan bersama kepatuhan beragama yang tinggi dan nilai kejujuran serta merendah diri bangsa di zahirkan dengan kekesalan melakukan satu dosa dan sedia menerima hukuman.
  16. Zaman sekarang? Payah hendak jumpa orang yang mudah mengaku salah dan silapnya. Selagi boleh lawan, lawan la, peguam kan banyak.
  17. Filem IBU, keluaran 1953 (Sudah 60 tahun) menceritakan seorang anak yang patuh pada ibunya dan guru muziknya tetapi gagal dalam hidupan akibat terpengaruh dengan wanita penghasut sehinggakan ibu dan gurunya sanggup berkorban demi menyantuni hati dan perasaan anaknya.
  18. Mesej filem ini digarap baik oleh Teuku Zakaria sebagai satu filem yang menunjukkan budi bahasa orang Melayu yang diajar oleh keluarga sejak kecil iaitu menghormati seorang guru (Muzik) yang berjaya melatih anak muda itu sehingga berjaya.
  19. Namun oleh kerana hanyut dalam dunia glamor dan pengaruh wanita, maka segala budi bahasa itu turut hanyut dan sehingga menderhaka pada ibu dan gurunya.
  20. Apa yang hendak disampaikan ialah, pemikiran Teuku Zakaria ini telah dapat melihat dan membayangkan bahawa 60 tahun selepas filem ini, wujud betapa ramai anak muda Melayu kita yang derhaka pada keluarga dan sekarang ini ramai yang telah terpesong dalam hidup dan gagal menjadi anak yang berguna untuknegara. [Lagi untuk 62 Info]



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*