“Pakatan Harapan Harus Menukar Kepimpinan” [Dari akhbar Mandarin]

Perdana Menteri, Tun Mahathir sekali lagi membuat pusingan U. Kali ini beliau melanggar janji manifesto PRU yang menetapkan Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) haruslah disandang oleh ahli parlimen daripada parti pembangkang. Ini dengan meminta ahli parlimen yang melompat parti ke BERSATU, Datuk Seri Ronald Kiandee untuk terus menjalankan tugas sebagai pengerusinya.

Tun Mahathir dengan tegas menyatakan bahawa Datuk Seri Ronald Kiandee melompat parti adalah keputusan peribadi, maka ia tidak ada kaitan sama ada telah melanggar janji manifesto PRU atau tidak. Persoalannya dalam janji manifesto PRU telah dengan hitam putih menyebut yang jawatan itu harus disandang oleh parti pembangkang. Kini pengerusi bukan lagi dari parti pembangkang maka seharusnya dipilih kembali pengerusi baru. Ia bagi memenuhi kehendak “chek & balance”dalam proses demokrasi.

Dah nampak yang Tun Mahathir tidak berapa setuju dengan pembaharuan institusi dan mahu lebih menguasai perjalanan PAC ( dengan Datuk Seri Ronald Kiandee menyertai BERSATU maka akan menerima arahan secara terus ), maka dengan itu membuatkan pusingan U. Jika kerajaan Pakatan Harapan tidak melakukan rasuah seperti Barisan Nasional dengan kes 1MDB, maka mengapa pula takut PAC diketuai oleh pembangkang ?

Janji manifesto PRU dengan senang-senang boleh dikhianati, ia menampakkan yang kerajaan baru masih menjalankan tadbir urus tetapi bukan mengikut undang-undang. Tun Mahathir selepas memegang jawatan Perdana Menteri tahun lepas telahpun mengumumkan jawatankuasa membanteras rasuah, jawatankuasa pilihanraya, jawatankuasa hak-hak asasi dan jawatankuasa kira-kira wang negara adalah bebas menjalankan operasi mereka. Adakah beliau dah lupa akan janji-janinya, maka membuat pusingan U ?

Bukan saja dah tertulis hitam putih ataupun janji mulut namun masih tidak ada jaminan nak dilaksanakan. Maka dengan itu, seharusnya dipinda perlembagaan dan undang-undang bagi melaksanakan pembaharuan institusi. Menerusi cara yang biasa dilakukan di Dewan Rakyat bagi menetapkan peraturan yang pengerusi PAC haruslah disandang oleh parti pembangkang, maka dengan yang demikian tiada ruang untuk penyesalan dan penipuan yang dilakukan oleh seseorang.

Jika mana-mana ahli gabungan Pakatan Harapan ingin melakukan pembaharuan, maka haruslah memanggil mesyuarat Majlis Presiden. Menetapkan masa bagi merangka pindaan perlembagaan dan undang-undang yang berkaitan supaya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dikeluarkan daripada penguasaan Jabatan Perdana Menteri. Memberikan Dewan Rakyat kuasa yang lebih besar bagi mengimbangi pihak pentadbiran dengan lebih berkesan.

Tun Mahathir sudah acap kali mengeluarkan kenyataan yang tidak mengikut peraturan, ini memperlihatkan yang beliau amat suka membuat sesuatu keputusan penting terlebih dahulu dan kemudiannya barulah merujuk peraturan. Dengan membiarkan nasi menjadi bubur. Ini membuatkan presiden-presiden bagi parti-parti dalam Majlis Presiden tidak ketentuan yang akhirnya merosakkan kepercayaan terhadap Pakatan Harapan. Tun Mahathir akan menjadi Perdana Menteri untuk masa dua tahun sahaja dan kemudian meninggalkannya kepada pemimpin Pakatan Harapan dengan satu kepimpinan yang telah hilang intergriti.

Tun Mahathir dalam beberapa bulan ini menampakkan yang beliau ingin kembali ke era pemerintahan yang lama. Iaitu membina kereta nasional dan mengungkit hal-hal sensitif dengan negara jiran. Malah beliau amat degil, boleh menerima kritikan tetapi tidak menerima nasihat orang lain.

Sepanjang pentadbiran beliau masa kini tidak nampak yang beliau mempunyai kecenderungan terhadap pembaharuan. Contohnya laporan daripada barisan penasihat yang berpengalaman dan laporan daripada jawatankuasa pembaharuan yang telah disampaikan kepada beliau namun tidak mendapat perhatiannya. Dikatakan, laporan jawatankuasa pembaharuan telah menghabiskan masa selama dua bulan dengan mengumpulkan 1000 pendapat. Cadangan-cadangan yang membina dari 8 badan-badan kerajaan, termasuklah Dewan Rakyat, SPR, badan-badan kehakiman, pegawai-pegawai perundangan dan perkhidmatan, SPRM, PDRM dan Imigresen, suruhanjaya komunikasi dan multimedia serta badan-badan hak asasi manusia dan perundangan. Dengan tidak melakukan pembaharuan ia akan memperlihatkan gaya untuk mengembalikan corak lama.

Sesungguhnya dalam pentadbiran Tun Mahathir selama dua tahun ini, beliau tidak perlu risau dengan masalah undi yang diperolehi bagi PRU akan datang, maka perlukan melakukan perubahan secara besar-besaran. Kini dengan melakukan pusingan U memperlihatkan yang beliau tidak bermatlamat untuk melakukan perubahan.

Tun Mahathir juga tidak mempunyai iltizam untuk merancakkan ekonomi bagi menyelesaikan masalah rakyat. Walaupun Jabatan Perdana menteri telah mengumumkan pada 11hb Februari lalu dengan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi, tetapi hanya 4hb April baru memulakan menyuarat pertamanya. Kini dilaporkan kejadian pelajar-pelajar miskin di universiti tidak mempunyai wang untuk membeli makanan diharapkan tidak berpanjangan lagi.

Tun Mahathir belumpun cukup setahun dalam pentadbirannya telahpun memusnahkan harapan ramai orang. Jika cukup setahun nanti dikhuatiri agenda pembaharuan akan berkubur sehingga satu tahap yang tidak dapat diubati lagi.

Berbanding dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang baru-baru ini telah menunjukkan idea yang hampir kepada idealis Pakatan Harapan. Contohnya mengenai perkara yang berkaitan dengan ugama dan perhubungan antara kaum, beliau menyatakan yang keadilan adalah faktor utama kepada keharmonian masyarakat dan kestabilan. Malah mengambil kes tanah kuil Hindu sebagai contoh. Dalam soal calon PRK Rantau pula, beliau mengatakan, “dalam PRK Port Dickson, pengundi-pengundi India telah memberikan sokongan kepadanya, jadi jika tidak berikan peluang kepada masyarakat India, maka bagaimana mereka nak percayakan saya ?”

Dalam suasana tekanan dari kerjasama antara UMNO dan PAS dalam penguasaan undi Melayu, Anwar menunjukkan keikhlasannya. Ini mencerminkan kematangan PKR setelah melalui banyak kali ujian dalam pilihanraya maka pilihannya ialah jalan berbilang kaum. Berbanding prestasi BERSATU yang dilihat sebagai suka mengambil kesempatan, manakala PKR pula dilihat lebih sesuai untuk menerajui Pakatan Harapan.

Setelah berlaku banyak perkara, ramai yang mula sangsi melihat Tun Mahathir untuk terus memerintah kerajaan. Mengapa tidak dari awal untuk mempersiapkan barisan kepimpinan yang bakal mengambil alih pentadbiran ? Ia bukan ada kaitan dengan masalah politik atau merampas kuasa, tetapi berkaitan dengan masalah masa depan negara. Tambahan pula Pakatan Harapan bukanlah kerajaan untuk sepenggal sahaja.

Sekarang sejarah memberikan penilaian yang baik kepada Tun Mahathir, tetapi selepas setahun kemudian agak susah nak cakap.

Oleh Penolong Ketua Editor Sin Chew Daily, 林瑞源 (Lin Rui Yuan).
https://www.sinchew.com.my/pad/con/2019-03/19/content_2024652.html