Pakatan Rakyat Bukan Parti Berdaftar?

Liciknya Parti DAP dalam mengetuai PSM, PKR dan DAP. 

PR hanya ‘di tubuhkan’ atau digabungkan pada malam keputusan pilihan raya lepas, sebelum tu takde… malam tu bila di kira kira undi setidaknya jika bersatu mereka boleh kuat sikit kalau gabung kerusi. bersatu tapi sampai skg PR belum ada pendaftaran secara rasmi,dan bahawa PKR, DAP, dan PAS adalah parti komponen dalam PR. sebab tu sampai sekarang takde bendera rasmi, semuanya wayang, matlamat ke tiga tiga parti ni lain, tapi sebab nak jatuhkan BN, mereka terpaksa menipu rakyat atas gabungan lepas BN jatuh mereka akan bahagi² negeri, bukan mcm BN yg mana BN secara keseluruhan memerintah negeri² yg dimenangi. mana pernah dengan, oh negeri ni MCA punya, ini MIC punya..ini pulak umno punya…, istilah begitu hanya ada pada PR, penang DAP punya, KEDAH kelantan PAS punya, selangor KEADILAN punya… hanya org yg cetek akan tak nampak aturan mereka

Penulis tertarik dengan keluhan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengenai sikap pakatan pembangkang yang masih tidak mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan sah, sama seperti BN.
Masalahnya kata Datuk Wan Ahmad, setiap kali pilihanraya, ketiga-tiga komponen ini akan menyelitkan sama lambang komponen yang lain jika salah satu daripada mereka bertanding seolahnya pakatan ini sudah rasmi sebagai sebuah gabungan. Memang ya pun, dah berbelas pilihanraya kecil sejak 2008 dah, masih lagi PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP.
Bila ditegur, mereka akan bermain politik dan menuduh SPR tidak adil, alat kepada BN dan sebagainya.
Salah ke SPR menegur tu? Kalau pun nak menutup keadaan sebenar ‘Pakatan Rakyat’ ini, janganlah pihak lain dijadikan mangsa. Begitu juga dengan Pendaftar Pertubuhan, sudah ada 2 ke 3 parti baru atau parti yang diambil alih dengan nama baru wujud di Malaysia ini sejak 2008, tak pernah ada masalah pun.
Tapi dengan Pakatan Rakyat, masalah…betul ke ada masalah atau pembangkang sendiri tidak serius untuk mendaftarkannya sebab takut hilang undi? Lambang bunga raya latar belakang warna oren tu semakin sayup penulis rasa, lama betul tak nampak dah.
Lagipun, kalau masalahnya dengan Pendaftar Pertubuhan, kes ini dah masuk ke mahkamah sekarang, tapi takde pulak dengar.
Lelaki Y yang diharapkan untuk menyatukan semua parti ini dibawah satu komponen, masih gagal dalam usaha tersebut. Setakat membentuk kerajaan di Selangor dengan janji jawatan kalau setuju bergabung, bukanlah layak dipanggil kejayaan pun.
Itu kalau ada jawatan, kalau takde?
Di Merlimau ini yang bertanding PAS tapi dalam banyak hal penulis lihat yang dicanang p[ada poster ialah perkataan Pakatan Rakyat. Seolah mereka ini bersatu tapi depan mata sendiri penulis lihat DAP dengan DAP, PAS dengan PAS dan PKR dengan PKR. Bersatu apa jadahnya macam tu?
Penulis langsung tak jumpa perkataan UMNO pada mana-mana poster calon BN walaupun dia datang dari UMNO.
Kenapa masih nak menipu rakyat? Tak cukup lagi ke dengan pembohongan mega 16 September? Masih lagi bermain politik orang munafik pembangkang ni ya, zaman dah berubah, pembangkang di Malaysia masih lagi tak berubah.
Berhentilah main angan-angan ni. Minyak dengan air tak mungkin bercampur begitu juga PAS dengan DAP. Bila calon PAS cakap pasal Islam dengan lambang DAP mengiringinya, penulis rasa mual, mual yang amat sangat. Pasal apa, pasal tak kena langsung.
Dek kerana ‘pertembungan sumbang’ ni, banyak benda kelakar yang kita dengar berlaku dalam kerajaan campuran pembangkang. Contoh soal arak, Ronnie Liu kata beer tak haram sebab kurang alkohol, Hassan Ali kata haram. Tapi arak yang dirampas tetap dipulangkan semula, siapa menang, siapa sebenarnya ketua?
Nabi Muhammad saw memang menerima waima kaum yahudi pun dalam membentuk kerajaan di Madinah tapi siapa pemimpin? Dengan PAS yang semakin hilang sokongan, hanya jadi pak turut kepada 2 gergasi yang lebih berkuasa (PKR dan DAP), toksah harap apa yang Islam PAS laung hari ini akan terlaksana di Malaysia.
Itu pasal agama dan politik tidak boleh dicampurkan, agama tak ajar menipu tapi politik PAS mengagungkan penipu macam Anwar dan penipuan yang dibuatnya. Tapi bila kita cakap, dia pusing hak suku pulak.
Rakyat Malaysia, terutama di Kerdau dan Merlimau perlu tamatkan penipuan dan kepura-puraan ini once and for all. Teruskanlah mengundi BN, benar kami dah lama memerintah tapi bukanlah dengan Perdana Menteri yang sama setiap kali. Setiap mereka dengan corak dan gaya tersendiri, itu yang memberi ‘warna’ kepada politik Malaysia. Lagipun BN, fizikal dan mental lebih stabil dibanding dengan pembangkang. – Mykmu

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*