Pakatan Rakyat Dan Kisah Nujum Pak Belalang

Filem arahan P. Ramlee
PR hanya ‘di tubuhkan’ atau digabungkan pada malam keputusan pilihan raya lepas, sebelum tu takde… malam tu bila di kira kira undi setidaknya jika bersatu mereka boleh kuat sikit kalau gabung kerusi. bersatu tapi sampai skg PR belum ada pendaftaran secara rasmi,dan bahawa PKR, DAP, dan PAS adalah parti komponen dalam PR. sebab tu sampai sekarang takde bendera rasmi, semuanya wayang, matlamat ke tiga tiga parti ni lain, tapi sebab nak jatuhkan BN, mereka terpaksa menipu rakyat atas gabungan lepas BN jatuh mereka akan bahagi2 negeri, bukan mcm BN yg mana BN secara keseluruhan memerintah negeri² yg dimenangi. mana pernah dengan, oh negeri ni MCA punya, ini MIC punya..ini pulak umno punya…, istilah begitu hanya ada pada PR, penang DAP punya, KEDAH kelantan PAS punya, selangor KEADILAN punya… hanya org yg cetek akan tak nampak aturan mereka..- Abdul Halim Bakar
Steatment dari Tuan Abdul Halim mengingatkan aku kepada Si penyamun si nyawa dan si badan “kau tengok tu aku amik ini, satu untuk kau satu untuk aku.” Pakatan juga boleh disamakan dengan Nujum tersebut, hanya kelicikkannya dapat memerintah negera dengan cara menipu Raja, Kisah ini sangat bertepatan dengan apa yang disampaikan dalam kisah Nujum Pak Belalang…- Daeng

Sinopsis Kisah Nujum Pak Belalang :

Bermulanya Seorang Nujum
Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang, seorang budak yang sangat rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya. Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang, yang merupakan seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke rumah, di dapurnya tiada apa walaupun kopi. Akhirnya, tetamu dijemput minum minuman campuran arang bontot kuali.
Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan dan Nyawa, yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi “anak jin yang mahu makan darah” untuk mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri. Di rumah penghulu, dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang nujum yang mampu mengetahui kedudukan lembu dan kambing tersebut. Dalam perasaan tak percaya, penghulu dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.
Pak Belalang (yang masih tidur) dikejutkan dengan kehadiran orang ramai. Pak Belalang tak tahu apa yang berlaku walaupun dia tahu itu semua rancangan anaknya. dia mengikut sahaja arahan anaknya, lalu mengambil semangkuk air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya). Air itu kemudian ditunjukkan kepada penghulu dan si pengembala dan jika mereka tidak nampak, diugutnya bahawa mereka pendek umur. Pak Belalang turut tidak nampak apa-apa di dalam air tersebut tetapi mujur Belalang yang mengetahui kedudukan lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu meyakinkan orang kampung akan kebolehan Pak Belalang.

[sunting]Pak Belalang Ahli Nujum Negara

Pada suatu malam, Badan dan Nyawa telah menidurkan seluruh Istana Negeri Beringin Rendang lalu mencuri harta istana termasuk syiling emas, rantai kepunyaan Puteri Si Bujur Sirih dan Mahkota milik Sultan Shahrul Nizam ibni Sultan Malik Shah. Selepas seluruh isi istana sedar, Sultan telah murka dan kemudian Penghulu menyatakan tentang kebolehan Pak Belalang sebagai nujum. Pak Belalang telah dibawa ke istana dan diperintahkan untuk mencari tempat harta tersebut disembunyikan. Seperti biasa, Pak Belalang tidak dapat melakukan apa-apa dan meminta untuk meminta masa itu. Sebagai balasan sekiranya Pak Belalang tidak menemui harta tersebut, baginda Sultan akan memancung Penghulu.
Pak Belalang pulang dan melarikan diri mencari jalan. Pak Belalang telah bersembunyi di dalam sebuah gua di Bukit Tunggal dan secara kebetulan terdengar Badan dan Nyawa mengira-gira harta istana. Pak Belalang mengugut mereka sebagai “penunggu gua” dan menyuruh mereka meninggalkan harta tersebut suppaya tidak mati. Sementara itu, Belalang telah dibawa menghadap Sultan untuk menggantikan Pak Belalang yang tiada di rumah tentang khabar harta istana. Belalang memberitahu helah bahawa bapanya ke “Gunung Cinerama” (katanya di Jepun). Sultan menemui bekalan yang dipegang Belalang da dihelahkannya bahawa bekalan itu untuk ‘jin lapar’. Disebabkan Sultan tahu bahawa semuanya hanya temberang, Sultan ingin menghukum Belalang. Mujur Pak Belalang muncul dan dapat memberitahu kedudukan harta istana itu tersembunyi (oleh ‘jin miskin’). Pak Belalang memberitahu, untuk memasuki gua tersebut, hanya empat orang sahaja yang dibenarkan untuk memasuki gua iaitu Sultan, Permaisuri, Perdana Menteri dan Puteri. Mereka juga perlu masuk ke dalam dengan cara merangkak dan tidak dibenarkan berdiri. Mereka dibawa ke sana dan memasuki gua tersebut (sambil mengikut syarat Pak Belalang).
Setelah berpuas hati dengan ‘kebolehan dan hasil tilikan’ Pak Belalang, Sultan melantik beliau sebagai Ahli Nujum Negara.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*