Pakatan Rakyat Dijangka Menang

Bank Islam Malaysia menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya dalam sebuah forum di Singapura bahawa Pakatan Rakyat (PR) boleh menang dengan majoriti kecil pada pilihan raya umum (PRU) 2013, dengan mengatakan hari ini “mereka tidak terlibat dengan forum tersebut”.

Dalam satu kenyataannya hari ini, pengarah urusan Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura mengenai forum yang mengaitkan bank tersebut dengan ramalan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin.
Azrul berkata hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu. 
Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara. 
“Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.
“Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut,” kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times dan The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider melaporkan ramalan Azrul Azwar telah menimbulkan kekeruhan memandangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membubarkan parlimen tahun ini.
“Pandangan Azrul dalam forum tersebut adalah pandangan peribadi beliau dan tidak patut dikaitkan dengan Bank Islam,” kata Zukri dalam kenyataan empat perenggan itu.
The Malaysian Insider turut melaporkan pihak pengurusan bank bermesyuarat hari ini bagi mendapatkan apa yang dikatakan oleh pakar ekonomi tersebut dalam Regional Outlook Forum di Singapura semalam.
Pemegang saham utama Bank Islam adalah Tabung Haji, yang diuruskan oleh kerajaan.
Ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan menolak ramalan Azrul Azwar, mengatakan ia spekulasi “mengarut” apabila kenyataannya hanya memberi amaran palsu kepada pihak pembangkang.
Setiausaha BN Sabah itu berpendapat pandangan pakar ekonomi itu berat sebelah kerana diketahui bahawa beliau adalah ahli PKR cabang Putrajaya.
“Saya kagum dengan semangatnya tetapi beliau kena berdiri di bumi yang nyata,” kata Abdul Rahman.  – Sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*