PAKEJ MELAWAT REBAN KELANTAN

CONTOH NEGARA BERKEBAJIKAN
Semalam teman ke Pasir Mas, Kelantan. Ade lew urusan keluarga disana. (Tak yah la nak dicerita kat sini, bukan glemer pon..) Teman tengah² dalam perjalanan teman terpandang susunan rumah @ kedai (???) di jalan utama, tergezut la teman maklum la tak pernah melangkau kaki masuk negeri serambi mekah ini disambut oleh pemandangan yang serba menyemakkan mata. Tak kisah la kawasan tu siapa jaga @ siapa ketua atew sampai² je zink karat menyambut rombongan cik kiah dari perak nie..adoiyai..kot ada mat saleh mesti ingat itu reban ayam..yang penting ADA ASTRO :)) Teman bukan nak cari salah tapi teman kan pelancong datang dari luar, kot² nak bereban ayam tu elok la ditepi belukar, tak dinafikan Kelantan memang masih banyak kampung dan kawasan pembangunannya terhad. Inilah kegagalan pemerintahan mereka sendiri, tapi yang seronoknya ke Kelantan ini teman teringat zaman 90’an hihihi…macam time machine lak ala² cerita “Back to the future” lakonan Micheal J.Fox tu. Ada yang tak setuju kot teman citer mende ni, yelah menda tak berapa MOLEK bak kata orang kelantan. Kalau tak caya sila la ke sana..tengok sendiri..

Gambar diambil secara Rawak..No komen, nak tahu Moh kita ke Klate~


Ini teman nak cerita pasal  Kamera AES (Automated Enforcement System) sikit ,Memang sangat setuju dilaksanakan demi mengawal perangai dan sikap pemanduan rakyat Malaysia, Kenapa?hehehe bayangkan ea, teman kali pertama masuk kelantan dijamukan 2 kemalangan (Alhamdulillah tiada yang maut) Teman dapat/sempat snap gambar sebuah kereta yang mungkin terbabas akibat?Sikap atau jalan raya yang bodoh sebab sempit sangat?Malang memang tidak berbau, tetapi kalau begini sikap pemanduan kita orang Malaysia, jangan marah stastitik yang maut akibat kemalangan di dunia ini diungguli Malaysia. OPS SELAMAT~ Inilah PAKEJ MELANCONG KE KELANTAN yang teman alami secara peribadi..Kelantan perlukan perubahan..Insyallah..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.