PANAS HATI!!! PKR Pasir Salak Keluar Parti

PKR Perak sekali lagi menerima tamparan hebat apabila bukan setakat 62 ahli Cabang Pasir Salak, tetapi turut serta Pengarah Pilihan Raya PKR kawasan berkenaan menyertai Umno. Penyertaan itu menyaksikan Ahmad Taufik Hassan menuruti jejak langkah 338 ahli PKR sebelum itu yang menyertai Umno pada 8 Mac lalu.

Kesemua mereka yang menyertai Umno telah menyatakan ikrar setia kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dan menyerahkan borang keahlian dalam satu majlis baru-baru ini. Keputusan mengejutkan itu turut menyaksikan jentera parti tersebut di Pasir Salak hampir lumpuh. Seterusnya..
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*