Papagomo Akan Bantu Saudara Wan Muhammad Azri Berkempen?!

Wan Muhammad Azri Bakal Bertanding Menentang Anwar

Melalui sumber yang sangat dipercayai, Individu yang dituduh sebagai pengendali blog papagomo.com tekad akan bertanding dalam PRU13 untuk melawan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.
Sumber memberitahu yang invidu yang dituduh sebagai papagomo tersebut telah berhubung dengan SPR bertanyakan syarat dan peraturan bagi melayakkan diri beliau sebagai calon dalam PRU13.
Beliau juga tidak berhasrat untuk bertanding atas tiket BN sebaliknya memilih parti bebas bagi melawan PKR yang mana calonya adalah Anwar Ibrahim.


Ditanya apakah beliau yakin yang dapat mengalahkan Anwar Ibrahim nanti, individu tersebut dengan bersahaja menjawab “kalah sudah pasti, tetapi saya akan minta bantuan papagomo sebenar untuk bantu berkempen dan dedahkan salahlaku Anwar Ibrahim“.
Sumber juga berkata, dalam masa terdekat individu tersebut bersama dengan rakan beliau akan ke SPR untuk membeli borang pencalonan.
Difahamkan juga, satu pertubuhan bukan kerajaan akan melancarkan tabung untuk membantu dana bagi menampung perbelanjaan sepanjang tempoh pilihanraya kepada individu yang dituduh sebagai papagomo tersebut. – tokguru
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*