@Papagomo : Tuduhan Ganas?!

Ganas..Aummmm….geng cabang PKR dah mengeletek nampak..Bila bang non nak saman Esskay?Ummi Hafilda?Papagomo pulak dia balun saman?hahaha…Papagomo Buat Tuduhan Ganas??? Yang ganas dan rakus tu mangkuk dalam gambar tu.

Papagomo tulis : 

Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.
Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.

Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat.



Lidah Harian bercabang menulis:

SHAH ALAM – Susulan penyebaran gambar seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang lagi lelaki lain dalam aksi “mesra” penghujung minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memulakan prosiding undang-undang terhadap blogger pro-Umno.


Pengendali blog terkenal Papa Gomo atau nama asalnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, didakwa menyiarkan gambar berkenaan pada 16 Mac lalu.

“Laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan ganas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka,” ujar Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga mendakwa gambar palsu dan video berkenaan jelas satu lagi siri serangan dan fitnah ke atas Anwar, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, menerusi blogger yang punya hubungan rapat dengan Umno.

“Tangan tersembunyi Umno itu jelas hadir di sebalik serangan terbaru menjijikkan ini,” ujar beliau sambil berkata, ia adalah politik kotor yang menonjolkan keruntuhan moral musuh.

Anwar menerusi surat tuntutannya menggesa blogger terkenal itu menarik balik tuduhannya, membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam dan membayar ganti rugi kerosakan sebanyak RM100 juta.

“Jumlah kerosakan dituntut mencerminkan hubungan rapat penulis blog dengan sokongan jelas Umno dan Umno untuknya,” katanya.

Anwar mendakwa gambar dan video berkenaan adalah cubaan berulang dengan taktik sama untuk menjatuhkannya. – Sinar Harian
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.