PAS Bayar Harga Seorang Boneka MB Perak kepada DAP


“Jika benar berlaku transaksi tanah antara kerajaan Pas Kelantan dan DAP Perak, maka Menteri Besar yang dilantik dalam tempoh 11 bulan Pakatan Rakyat (PR) berkuasa ialah Menteri Besar yang diperdagangkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak berkenaan,” tegas Adun Slim, Datuk Khusairi Talib.
Katanya, Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mungkin dilantik sebagai Menteri Besar Perak ketika itu hasil perjanjian pemberian tanah seluas lebih 10,000 ekar di negeri Kelantan kepada DAP Perak.
“Hari ini, saya bawa bukti yang menunjukkan berlaku transaksi tanah seluas 10,526 ekar di Mukim Chiku, dekat Gua Musang yang membabitkan syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming.
“Semalam, mereka cabar kita buktikan kebenaran itu dan hari ini Kor Ming sendiri mengakui tanah seluas lebih 10,000 ekar itu adalah miliknya dan atas nama syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd di mana beliau adalah ahli lembaga pengarah syarikat. Seterusnya..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*