PAS ditenangkan Mustafa Ali

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung beberapa hari lalu, kita semua telah melihat bagaimana kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli ahli UMNO untuk memastikan Barisan Nasional menang pada pilihanraya akan datang.


Kita dapat melihat juga kesungguhan Perdana Menteri dalam memberikan kata kata semangat kepada seluruh ahli ahli parti yang pastinya pulang dengan seribu azam untuk memastikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional dalam PRU nanti.

Apa yang menggelikan hati ialah, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersungguh sungguh mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menang besar dalam PRU13, berbeza sekali dengan pendapat yang dikeluarkan oleh pengerusi DAP Pulau Pinang yang menjangkakan bahawa Barisan Nasional akan menang besar.[SUMBER]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*