PAS Gagal Di Sanglang?! [video]

Mula-mula tengok video ini, ingatkan TV3 sudah buat silap besar. Mana taknya, promosi kempen calon PAS. Tapi setelah seketika, rupa-rupanya kempen Ustaz Fathul Bari atau popularnya dikenali sebagai UFB. Alhamdulillah, memang rasa kembang tengkuk dan meremang bulu roma bila melihat ulama’ dan ustaz berkempen untuk BN ini.

Kalau dahulu orang PAS boleh dabik dada yang ahli ugama kebanyakannya berpihak kepada mereka semata-mata, namun kini tidak lagi. Majoritinya kini bersama BN setelah melihat pengkhianatan terhadap Islam dan bangsa Melayu yang berleluasa dalam pakatan haram pembangkang. Malah PAS pula kini semakin terdesak dengan mengutip artis-artis senja yang penuh masalah dan bekas-bekas UMNO yang terbuang kerana masalah salah laku.
Alhamdulillah. Yang baik semuanya dekat dan kembali kepada BN dan yang buruk pula ke pakatan haram. PRU-13 ini sudah jadi macam tapis besar daripada Allah SWT pula untuk memberikan yang terbaik sahaja untuk BN dan membantu rakyat membuat pilihan. Ayuh, orang Sanglang, takkan hendak kena tipu pada penggal keempat pula. Sebab inilah ulama’ pondok sendiri sepakat HARAM UNDI PAS pada PRU-13 ini!




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*